Khamis, 17 Jun 2021

Berpantang Selepas Keguguran.

Apabila disahkan mengandung. Anda  pasangan pasti merasa gembira, lebih lagi ia adalah kendungan pertama anda.. Tetapi siapalah kita menolak ketentuan allah. Kandungan tidak lama dan keguguran pada trimester pertama. Keguguran pada trimester pertama biasa berlaku dan ia dikaitkan dengan oleh kecacatan (abnormality) pada  kromosom. Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.

Selain itu keguguran juga boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.

Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran. Apa - apa pun boleh rujuk pada pakar sakit puan anda.

PERLUKAH IBU KEGUGURAN BERPANTANG?

Jangat ingat ibu yang keguguran tidak perlu berpantang. Ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah soal berpantang selepas keguguran. Ramai berpendapat tak sakit sangat atau mungkin beranggapan berpantang selepas keguguran ala kadar sahaja. Sakitnya sekejap sahaja.

Sebenarnya, berpantang selepas keguguran sama pentingnya dengan berpantang selepas bersalin. Bahkan penjagaannya lebih sulit dan rumit. Kata orang tua tak boleh terlalu ‘sejuk’ dan tak boleh terlalu ‘panas’. Jika tidak berpantang dengan betul, bimbang nanti boleh menyebabkan angin yang berpunca daripada keracunan darah. Kesannya, wanita terdedah dengan risiko pelbagai jenis penyakit misalnya berasa lenguh di bahagian ari-ari, sakit pinggang dan sendi selepas keguguran.

Ibu yang mengalami keguguran perlulah menitik beratkan beberapa perkara semasa berpantang dari keguguran.

#Tempoh berpantang.

Mengikut pantang orang lama biasanya 44 hari, tetapi keadaan semasa sekarang bagi ibu yang berkerja agak mustahil untuk berpantang dan cuti selama 44 hari. Oleh itu adalah digalakkan/ disyorkan ibu berpantang sebaiknya selama 2 minggu seperti cuti sakit (MC) yang diberikan doktor pada anda.

#Pengambilan makanan.

Kalau ikutkan doktor tiada pantang dari segi pemakanan selepas keguguran. Akan tetapi ibu digalakkan uintuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan makanan yang berminyak, manis - manis dan berlemak, demi kesihatan ibu juga.

Perbanyakkan minum air kosong, makanan seimbang dan berkhasiat seperti makan sup panas, sayur sayuran , buah buahan , oat, ikan dan kurma. Boleh search makanan yang sesuai ketika berpantang. Boleh ikut seperti makanan orang berpantang lepas bersalin. Untuk kesihatan juga makanan ni, walaupun bukan untuk berpantang keguguran. 

#Penjagaan Rahim.

Meskipun ibu keguguran tidak melalui proses melahirkan anak seperti meneran atau pembedahan, namun anda masih perlu berpantang daripada bersama dengan suami.

Tempoh berpantang pula adalah mengikut tempoh berapa lama keguguran.Jika keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama (dua minggu hingga tiga bulan), ibu gugur perlulah pantang berjimak selama 30 hari.

Jika keguguran berlaku dalam tempoh 4 bulan hingga 5 bulan kehamilan, anda perlu berpuasa bersama dengan suami selama 40 hari, dan jika keguguran berlaku lebih daripada enam bulan, tempoh berpantang bersetubuh ialah selama 44 hari.

Wanita keguguran digalakkan berpantang bagi memberi masa kepada rahim bersedia untuk hamil semula.

Di samping itu, anda boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Rutin ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh.

#Hamil Semula

Anda tidak digalakkan melakukan hubungan intim dalam tempoh 14 hari semasa berlakunya pendarahan atau selepas disahkan keguguran. Mengikut hukum Islam, wanita tidak boleh disetubuhi selagi mereka mengalami pendarahan. Apa pun, mustahak bagi suami memahami emosi wanita yang mungkin masih mengalami kemurungan akibat keguguran tersebut.

Petua orang-orang tua pula mengatakan pantang dengan suami ini perlu hingga 30 hari, namun itu terpulanglah pada keadaan fizikal anda pada ketika itu.

Sekiranya anda pernah mengalami beberapa kali keguguran sebelum ini, pastikan anda mendapatkan pandangan doktor tentang waktu yang sesuai untuk hamil semula.


Selepas mengalami keguguran, biasanya ibu akan  diberi tarikh temujanji oleh doktor untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Patuhi temujanji ini agar  dapat memantau tahap kesihatan sebaiknya.

Sementara itu, pastikan berehat secukupnya dan jangan terlalu stress memikirkan kehilangan bayi . Luahkan perasaan  kepada suami, ibu, atau rakan terdekat. Banyakkan berdoa agar diberi kekuatan untuk bangkit semula. Sentiasalah positif dan jangan berputus asa. Mudah-mudahan, ada rezeki yang menanti tak lama lagi. In Sha Allah.


Isnin, 28 September 2020

September & Kenanganku

 Assalamualaikum semua...hai.. lama tak berkarya rasanye..sedangkan banyak benda rasanya nak diluahkan dan di kongsi..Semoga sihat hendaknye semua yer..sya rindu...

Actually bulan september adalah  bulan cinta buat sya...Bulan kelahiran sya..Tapi ada kala bulan ni bulan yang sedih bagi sya..takut kadang nak tempohi nya.. Sejarah tahun 2012 berulang..sedih memang sedih,, Tapi ia adalah perancangan allah buat sya.. Walaupun sangat perit nak hadapi untuk kali ke 3 ni.. Tapi sya kena kuat demi yang sayangkan sya...

Sya keguguran. Belum rezeki sya untuk melahirkan.. Cuma rezeki untuk merasa mengandung walaupun seketika.. Syukur alhamdulillah..Itulah tanda Allah sayang sya kan.. Pengalaman indah di selangi pengalaman perit.. susah nak diluahkan... dan sangat susah sebenarnya buat sya nak back kan perasaan tu ke normal..

Kali ini awal dari tarikh hari lahir sya.. Kalau tahun 2012 tu memang betul2 date hari lahir sya.. Sya bleding then esoknye baby turun ... tahun Pertama perkahwinan sya.. tapi kali ni 3 hb 9 darah keluar... tapi pengalaman keguguran kali ni sangat2 sakit.. Sampai sya pitam dan kena tahan wad.. Menangis tu tak yah cerita la..sampai nak bercakap pun tak boleh.. dengan keadaan covid 19 ni.. suami tak boleh jenguk kita.. ape semua buat sendiri.. Dulu masuk hospital KPJ.. swasta lainla kan dan bukan time covid 19... Ni dah la hospital kerajaan.. Pastu dengan keadaan covid pulak.. lepas sedar dari pitam.. badan tak larat. Tak makan.. tangan kiri kanan denagan jarum, masuk air, masuk antibiotik nye.. darah kua banyak lagi... Allah sahaja tahu sya macam mana masa tu.. Tapi kena kuat.. kena lawan.. nak cepat sihat.. Nak balik..hahaha...

Itula pengalaman sya gugur kali ketiga.. beza sangat.. sehari sebelum tu dah keluar darah sikit.. esok pagi tu.. Sebab rasa perut dah lain macam terus sya ajak suami ke hospital.. Masa odw ke hospital tu sya rasa benda meletop kat bawah.. keluar darah... Dengan sya tak lapik apa -apa kat seat tu.. pakai pad yang besar tu tapi x dapat tampung.. dalam kereta dah bleding teruk.. memang habis kain sya pakai.. sampai OGAC / PAC (Pusat Kemasukan Pesakit O&G / Patient Admission Centre) sya tak mampu bangun so suami terpaksa ambil kerusi roda.. bangun je.. lagi banyak darah keluar.. Memang sakit sangat2.. Ingatkan nurse dan doktor cepat handle sya.. tapi sayang.. mereka biarkan sya hampir sejam... Sya masa tu dah menangis, dah tak fikir orang pandang ke ape ker.. darah keluar sampai habis meleleh2 kat lantai.. so sad..

Lepas tu baru ada doc panggil tapi boleh pulak dia suruh sya bangun... Allahuakhbar ujian ape ni... Sya mampu menangis je.. Last ada nurse tu tolong sya tolak masuk bilik doc.. Ok kali ni doc buat la prosuder  Dilation and currentage (D & C).. cek.. seluk ... mulut itik .. korek.. pastu dia cakap ok dah keluar.. dan sya sempat dengar dia cakap kat seorang lagi doc. saya tak jumpa kantung baby.. ke dia rasa sya tak menagandung..okla sya tak tanya pape sebab kita tengah sakitkan. dia panggil nurse cucuk kecutkan rahim.. lepas kena cucuk tu.. sakit berganda - ganda ya amat... perut jadi keras sangat.. Sya gagahkan diri bangun ke tandas sebab nak tukar kain dan pad.. darah dah penuh sangat.. dengan makcik cleaner tu duk marah2..

Sya masuk je tandas belum sempat apa - apa.. plup... berketul2 darah keluar... besar adalah dalam 4 cm.. banyak.. dengan darah yang cair mengalir macam air kencing.. Masa tu sya dah rasa nak pitam.. Tapi boleh tahan lagi.. Panggil nurse.. dengan makcik cleaner tu lagi duk jerit2 , cuak sebab tengok darah banyak sangat kot.. Nurse datang cek then suruh baring.. sya dapatla tukar kain dan pad.. tapi tak sampai 5 minit pad penuh.. dua kali tukar.. then doc datang cek lagi.. dia cakap ada lagi .. rahim tak kosong lagi.. ada baki lagi.. entah macam mana pun sya tak tahu.. nak tanya pun, awak dah tak larat.. so pasrah dan menyerah la.. Sekali lagi seluk, korek, mulut itik.. D&C ... keluar lagi darah banyak lagi... habis katil.. Scan.. doc cakap rahim masih tak kosong lagi... Allah.. sya dengar sya menangis.. sebab sakit sangat.. Last doc pakar nye yang senior rasanya ambil alih.. sebab dorang panggil tuan.. doc cina lelaki.. nak tak nak sya kena redha... doc ni cek.. then dia cakap lembut kat sya.. puan saya akan buat sekali lagi nak keluarkan semua.. Puan tahan sikit yer.. Yang ni paling sakit sangat2. Sebab bukan sahaja korek tapi rasa macam di sedut, di pam.... Masa doc buat tu sya memang dah menjerit sakit.. mengigil badan sebab sakit.. Bila doc cakap puan sabar, tahan ye, sikit lagi puan... puan batuk puan.. dah la kita sakit suruh batuk plak.. adoii...berpeluh tak payah cerita menahan sakit.. dalam 5 minit macam tu baru dengar doc cakap ok puan dah selesai.. nanti nurse cucuk kecutkan rahim..Alhamdulillah rasa lega sangat.. sakit dah berkurang dari sebelumnya.. Tapi betul -  betul rasa penat dan lemah.. 

So Siapa cakap orang gugur ni tak sakit macam orang bersalin... Ye yang keluar hanya darah atau janin yang tak menjadi.. Tapi sakit nya ada kala lebih sakit dari orang yang bersalin.. setiap orang berbeza Allah bagi rasa sakit tu.. Sya 3 kali gugur.. dan dah rasa sakit macam mana... nak terberak la terkencing la..sakit pingang la..sejuk tapi berpeluh.. perut rasa kejang.. Ini semua masa janin tu nak keluar..

Lepas dah cucuk kecut kan rahim tu, memang sya tak mampu bangun.. dah cakap dah, tapi doc yang perempuan tu suruh gak bangun .. sya cakap saya tak larat.. sebab dia tak faham sya bangun juga walaupun memang kaki tak rasa apa..goyang.. baru la dia panggil nurse amik kerusi roda..  tolak duduk kat katil kat luar.. kat jari yang cucuk jarum masuk air darah pulak keluar... sya dalam keadaan lemah panggil nurse.. ok dia cakap nak bersihkan dan betulkan.. Masa tu sya cakap saya rasa nak pitam.. rasa gelap ni... dia boleh puan bangun baring kat katil ye berehat.. Tapi sya dah memang betul2 tak rasa ape.. mampu cakap gelap.. Baru la nak panggil doc.. memang keadaan masa tu kecoh.. Dengan doc suruh sya sedar..lawan jangan tido katanya, dia tepuk- tepuk bahu sya...Tak tahu nak cerita macam mana sya rasa masa tu.. cuma dengar je suara dorang bising2.. dengan doc senior tu marah2 doc lain siap dengan nurse pun kena marah.. suruh tolak sya bawa masuk bilik doc.. ada yang cakap tak boleh.. nak angkat balik letak kat kerusi roda.. doc tu marah lagi.. katanya "u tengok keadaan patient, u nak angkat macam mana" nada marahlah..so dorang tolak.. Masa tu darah keluar masih banyak..memang habislah katil tu.. baju sya pun dah basah.. Doc cek..cucuk lagi jarum kat tangan sebelah.. masuk amik darah pulak.. Entah apa dorang buat sya dengar dan rasa sahaja mampu.. mata memang tak mampu nak buka.. ( lepas sya ok sikit tu.. ada sorang adik ni cerita kat sya masa sya pitam tu keadaan memang kecoh sangat.. doc marah2 nurse berlari sana sini.. pastu dia cakap nampakla darah akak menitik - nitik masa dorang tolak sya. So sya dapat tahu keadaan yang sebanar walaupun hanya dapat dengar saja..)

Ada seorang nurse yang memang sya puji.. Nama dia Nur Jannah.. Dia yang tolong tukar kain sya.. pakaikan pad...bersihkan sya.. Terharu sangat.. Pastu dia gak bagi air..Tanya nak makan tak saya bawakan.. Prihatin la dia... Kejap2 tengok sya lepas semua dah selesai.. dia tengok pad sya penuh berapa kali.. penuh dia tukarkan..pakai pad yang kt hospital tu..Ikat tu.. Bayangkan nak ikat tu macam mana.. Tapi bagus buat.. Tahu kita tak mampu buat kan..Petang bila habis shift dia.. Dia siap berapa kali pesan kat nurse yang take over untuk tengok sya.. Sebab sya kena tahan wad.. Kena pemantauan 24jam pulak..  Alhamdulillah nurse yang take over ni pun baik sangat.. Allah ganti balik yang mula2 sampai hospital sya rasa sedihnya nape macam ni keadaan layanannya.. Ini pengalaman sya.. Terima kasih sangat pada nurse Nur jannah dan sorang lagi tu sya tak nampak tanda nama dia.. sebab sekejap je dia jaga sya.. tapi dia yang tolak sya ke wad.. 

Ok balik kepada bila doc cakap nak buat pemantaun 24jam dan kena tahan wad.. Sedihnya.. Sampai tak mampu nak bercakap..buka mulut je rasa nak nagis..Teruk benor..hahaha.. Dah la tak boleh jumpa suami.. dia bagi barang apa semua melalui guard dengan nurse je.. Mak kol pun sya tak angkat jawap wassup je.. Cakap jangan sesiapa call.. Suami pun sama..haha macam budak2..Orang jarang sakit.. macam nila...

So duduk la wad semalam.. walaupun badan rasa lemah.. tetapa rasa tak boleh lena tidur.. Rindu anak kecik di rumah... Nasib kakak sya tolong jaga.. doc dengan Nurse kat dalam wad semua ok dan prihatin sangat.. Sorang dua tu yang tak ok biasala.. Manusia tak sempurna.. kan... Ada salah silap memasing..

Sya dapat keluar wad pun dah petang sangat.. Nasib proses keluar wad cepat.. Kalau tak malam la baru keluar.. So bermula la episod berpantang di rumah.... Kali ini berpantang di rumah sendiri.. Dan sendiri la urus diri... Malam tu mak abah datang rumah tido rumah.. dapat la mak siapkan bahan - bahan tuk sya berpantang sendiri.. dua hari tu mak yang masakkan sementara mak ada rumah.. Alhamdulillah siang memang duduk rumah sorang, suami kerja dan si kecik hantar rumah kakak macam biasa.. Makan masak simple je..makanan orang pantang..  Bangun pagi , mandi air panas dengan sabun bidan istana, pakai stoking penting pastu sapu minyak panas dekat badan, pakai barut dan makan ikut time. 2 minggu sya laluinye.. lepas itu dah start kerja macam biasa.21hb 9 dah kerja.. tapi tetap dalam proses berpantnag.. makan la utamanya.. pesan orang tua kena jaga.. pesan doc pun sama..makan makanan berkhasiat.. 

Setiap yang berlaku adalah bersebab yang kita tak pasti.. yakinla dengan segala perancangan Allah buat kita.. perit macam mana pun bersyukurlah... Ujian Allah tanda Allah sayangkan kita.. Alhamdulillah. Wallahu a'lam


Khamis, 5 Mac 2020

CATATAN PERTAMA TAHUN 2020

Assalamualaikum..semoga sihat hendaknya semua..

Catatan pertama bagi tahun 2020..Wow wow...hebatnya kamu...dah bersawang sangat blog sya ni..sorry kengkawan semua..memang sedikit sibuk dengan macam2 hal dan perkara..sampai kadang rasa penatnya..Tapi itulah nikmat rezeki allah s.w.t beri pada diri ini.. Jadi sya kena banyak2 bersabar dan bersyukur dengan semua ini..

Hujung tahun lepas sya start diet(katanya).. demi kesihatan dengan umur yang makin meningkat remaja..hahaha....Alhamdulillah pencapaian yang sangat memberangsangkan.. Penurunan yang sangat2 membanggakan jugala...Tapi la ni diet dah slow sikit..just maintainkan je..walapau berbaki 2 kilo lg nak turun..hahaha.. 3 bulan 5kg sya turun...mcm tak percaya...tapi percayala... Nanti free sya konsi cara diet sya.. Sya banyak baca kat blog2 dan fb tentang diet ni...Yang penting jaga pemakanan...Bukan tak makan langsung ok.. Ingat makan suku suku separuh..kena ada complete meal..Gizi yang seimbang.. baru betul..hihihi😊..

Dah bulan mac tahun 2020.. kejap je masa berlalu.. Azam baru??.. NAk terbaik dari tahun2 sebelum ini.. kalau boleh tak nak toleh belakang.. yang ebrlalu biarkan berlalu.. nak dapatkan kasih sayang allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w.. dan kasih sayang family tersayang.. tak lupa kawan2 semua...nak bahagia saja..dunia akhirat...bekalan akhirat yang masih tak cukup ni..allahuakhbar...

Ok sedikit tentang isu semasa sekarang...Tentang penyakit2 yang ada sekarang ni..Kawan2 semua kena bykkan mengutamakan kesihatan..utamakan kebersihan.. elakkan buat masa ni keluar bawa anak2 di tempat awam yang sesak , ramai orang.. Virus Covid - 19, Influenze, H1N1 mcm la lagi.. so banyakkan membaca untuk elakkan dan cegah sebelum kena ok semua..

okla nanti sya sambung lagi yer..syg semua...tq sudi membaca..semoga semua dalam rahmat allah dan sentiasa dibaerikan kesihtan yang baik...dan dipermudahkan segala urusan... Aamiin Ya Rab..


Khamis, 26 September 2019

Apa itu "Glycemic Index"?

Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?

Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri?

Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu G.I Tinggi (melebihi paras 70), G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan G.I rendah (di bawah paras 55).

Bagaimana nilai G.I dalam sesebuah makanan ini ditentukan?

Untuk menentukan nilai G.I dalam sesebuah makanan (sebagai contoh makanan A), makanan A akan diberikan kepada beberapa orang sukarelawan (untuk mendapatkan keputusan yang purata). Sukarelawan ini akan memberikan sampel darah mereka dalam julat waktu yang berbeza, dalam tempoh 2 jam, untuk diuji paras glukosa dalam darah mereka. Nilai tersebut kemudiannya diplotkan pada sebuah graf dan nilai G.I kemudiannya ditentukan menggunakan rumus kamiran (Integration) menggunakan komputer.

Mengapa pentingnya untuk memahami konsep G.I?

Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.

Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan yang manis?

Apa yang saya perlu tahu lagi tentang “insulin spike”?

Umum sedia maklum fungsi hormon insulin, iaitu sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4 perkara berikut (disusun mengikut turutan):

1 – membawa glukosa ke dalam sel
2 – menukarkan glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK

Memandangkan insulin adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat yang diambil ditukarkan kepada lemak badan.

Maksudnya, untuk mengurangkan kebarangkalian terjadinya “insulin Spike”, kita haruslah memilih makanan ber G.I rendah, tak kah begitu Susu Sejat?

Benar.

Secara kesimpulannya, kita perlulah memilih makanan berkarbohidrat  dengan nilai G.I dalam yang rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan menggurangkan pengambilan nilai G.I tinggi. So kena lebih berjaga-jaga kelak.


Contoh makanan nilai G.I
  1. Roti & Bijirin
  • Kentang Lenyak - 82
  • Oat - 80
  • Roti pPtih -  78
  • Nasi Putih -  77
  • Tepung Gandum - 75
  • Pasta - 60
  • Bihun /Laksa (tanpa kuah) - 58
  • Beras Perang - 55
  • Jagung - 55
  • Keledek  - 54
      2. Sayur - Sayuran
  • Labu - 75
  • Lobak Merah - 49
  • Kacang Buncis - 30
  • Brokoli - 15
  • Cili Merah - 10
  • Kubis - 10
  • Cendawan - 10
     3. Buah - Buahan
  • Tembikai - 103
  • Nenas - 66
  • Betik - 58
  • Mangga - 55
  • Pisang - 55
  • Kiwi - 52
  • Anggur - 46
  • Epal - 39
     4. Minuman / Makanan Ringgan
  • Jus Oren - 80
  • Teh Tarik - 72
  • Minuman Bergas - 70
  • Ais Krim - 61
  • Potato Chip - 55
  • Coklat bar - 49

Rabu, 11 September 2019

Masalah Wanita “breast besar” ..





Masalah Wanita “breast besar” ..

Lama dah rasanya tak update blog. Rindu pula nak sharing tips pada pembaca blog saya.. Hari ni sy nak share tentang payudara.. Ramai perempuan idamkan payudara besar. Memang boleh menjadi daya tarikan tersendiri bagi wanita. Kadang2 ada wanita yg berpayudara biasa ni rasa tergugat bila tengok wanita yg berpayudara besar. Cemburu sihat tu bagus.. Buatkan kita berusaha nak dapatkan yang terbaik..

Satu perkara yg tak diambil kira bg wanita yg ingin membesarkan payudara, mereka tak tahu memiliki payudara besar jugak banyak mendtgkan masalah tersendiri..

Seperti yang ditafsir oleh Huffington Post (15/10) yang menceritakan salah satu kisah wanita berpayudara besar. Berpayudara besar membuat wanita rasa tak selesa, seolah mereka harus ‘membawa’ perkara yang cukup besar di bahagian depan badan..

Bagi wanita pemalu jika sejak kecik berbreast besar ada yg membongkokkan badan sehingga kekal postur badan bongkok utk sorok payudara yg besar.

Rasa tak selesa terutamanya masa tidur, meniarap atau melakukan aktiviti yang terlalu aktif seperti berlari atau melompat.
Kalau remaja perempuan pulak mempunyai payudara besar (yg semulajadi tau) mereka ni akan nampak lebih tua dari usianya. Yang lebih parah, ramai juga memberi tanggapan negatif hanya kerana seseorang berpayudara besar.

Selain perkara2 di atas, berikut adalah 9 masalah lain yang dialami oleh wanita berpayudara besar.

Kerap berpeluh di bahagian bawah payudara. (Ruam dan gatal berkepam)

Susah mencari bra yang tepat dengan saiz sbb saiz cup yang terlalu besar. Kadang-kadang saiz cup tak ada yang muat sampai payudara tak sepenuhnya tertutup. Perlu keluarkan duit lebih sikit utk dapatkan saiz bra yg tepat (pakar bra dari kedai berjenama).

Kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan bahagian atas badan. Pakaian yang terlalu ketat selalunya membuatkan payudara terlalu menonjol.

Kurang berkeyakinan ketika ada lelaki yang cuba mendekatkan diri mereka. Akan timbul tanda tanya samada mereka tertarik dengan kecantikan, personaliti atau hanya sebab payudara yang besar?

Rasa pelik kena tahan pegang payudara waktu berlari atau melompat.

Payudara yang terlalu besar boleh menyebabkan postur tubuh tak cantik sebab tubuh akan lebih condong ke depan (bongkok).

Payudara besar berpotensi lebih cepat kendur dn lembik berbanding dengan payudara saiz sedang atau kecil. Lagi2 yang dah berkahwin dn menyusukan anak.. Payudara mcm tak ada isi (lempung).

Tak boleh berpakaian sedikit terbuka tanpa kelihatan seksi akibat payudara yang terlalu menonjol.. Sebab itu laa dalam Islam wajib menutup aurat nak lindungi perkara2 mcm ni.. Pakai tudung labuh2 kan sikit yer bahagian dada.. he he he..

Rasa tak selesa apabila payudara merupakan perkara pertama yang dilihat oleh setiap orang yang bertemu dengan mereka.

Besar salah kecik pun salah.. Manusia jadi serba salah.. Sebenarnya ada gak tips nak besarkan payudara x payah bedah pun tapi akan mengundang kanser payudara atau Rahim/servik juga.. Bagi makan lebih hormone estrogen..

Kalau nak kurus dan muda balancekan ke2 hormon utama penting wanita.. Ada kawan sy berkongsi pengalamannya katanya “adik2 beradiknya semua kecik dia paling besar sedangkan xda keteturunannya berbreast besar pun”

Melalui ceritanya sebelum usianya 11 tahun dia gemar memakan kentang setiap hari, kemungkinan kentang itu yg menjadikan breastnya sgt besar.. bagi kita dah tua ni x kan menjadi kalau nak membesarkan breast dgn makan kentang, makin MEMBESAR SATU BADAN ADA LAH..!!..

Sebelum mengakhiri stori sy kali ni perkongsian sy ttg payudara ialah..

Ada wanita sebelum berkahwin memiliki payudara yg cantik sedang elok besarnya, selepas bersalin kecut dan hilang terus breastnya.

Ada wanita kecik sangat selepas usia 40an sangat besar selambak.

Yg sering dialami wanita selepas bersalin dan menyusukan anak (sekurangnya 3 anak) ialah payudara sangat ketara dan lembik dn x menarik. Ini akan jd konflik diri dn perkahwinan..

Khamis, 15 Ogos 2019

Motivasi diri


Ketahuilah setiap kali orang yang meyakitkan hati,
mengata dan mencela kita,
melakukan pengkhianatan dan keburukan itu,
sebenarnya ia sedang dan telah melakukan kebaikan keapda kita.
Ia sedang menghapuskan segala kesilapan kita yang lalu dikaffarah dosa lalu dan menjadikan kita terkenal disisi para malaikat Allah yang sedang melihat kesabaran dan keteguhan kita,
mengaminkan setiap doa dan rintihan kita...
Menukar dari kepahitan (negatif) kepada kemanisan (positif)....
Itulah sifat Mukmin... CUBALAH..
U CAN DO IT....

Isnin, 6 Mei 2019

Khasiat limau purut Mengerutu..


Limau Purut Mengerutu.. 

Hasil carian imej untuk limau purut
gamba ikhsan google

Kedai India banyak jual Limau purut.. Dia mengerutu.. Org buat ubat rohani atau jasmani. Hidupnya kat di Asia Tenggara Thailand, Malaysia & Indon jer..


Orang guna untuk :
  • Bersauna gunakan limau + akar lalang. Bagus sgt rawat sendi dn serap toksin dlm badan..
  • Buat jus elok juga.. Tapi air dia x banyak mcm limau lain.. Banyak Vit C dan cepat cairkan lemak.. Segarkan badan
  • Org guna sebagai bahan penting utk mandian bunga tujuan kesegaran dn menaikan Seri badan..(nak kawin elok buat atau amalkan mandi sebulan 2 kali)
  • Baunya sebagai aromatherapi, nutraseutikal.. Elok juga sebagai formula produk penjagaan diri. Ia rawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
  • Ia halang pembesaran sel kanser..
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi..
  • Kaya flavonoid & polifenol dgn meninggikan antioksidan & Melambatkan penuaan
  • Mencegah penyakit berkaitan jantung dan barah.
  • Mengatasi masalah PMS atau sakit masa datang haid
  • Menguatkan imun & kurangkan pening kepala atau stress
  • Buat mood tenang..

Share pd kawan2 sebagai rawatan penjagaan diri kat rumah.. Mudahan kita semua sihat dgn bahan2 alam..

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">