Selasa, 8 Julai 2014

Kehebatan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan


Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
*Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
*Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
*Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
*Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi

*Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Khamis, 3 Julai 2014

Set Mengandung Shaklee lengkap untuk awal kehamilan..

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Semoga semuanya sihat hendaknya... Setiap wanita yang berkahwin semestinya akan teruja bila disahkan mengandung...



Tidak kurang juga timbul kegelisahan mengenai kandungan mereka..Pastinya semua inginkan yang terbaik buat kandungan mereka...betul tak??

Maka tercari-carila apa yang terbaik untuk kandungan mereka...  Search itu ini.. tanya kenalan yang berpengalaman... pandangan ibu & ibu mertua juga tidak dilupakan.. pening kepala jadinye...hihihi..

Set mengandung Shaklee lengkap untuk awal  kehamilan akan memberikan manfaat untuk memenuhi keperluan anda semasa dalam tempoh mengandung..Malahan masa berpeantang pun masih boleh digunakan vitamin2 shaklee ni..

Set ni akan membantu anda ,kekal sihat..memberi lebih tenaga, bagi protein pada kandungan. Meningkatkan imue sistem badan ibu. 





Ada 3 tempoh kehamilan..dan setiap orang berbeza situasi semasa hamil ni..ada yang alami alahan yang teruk, muntah, tidak bermaya dah sebagainya..

peringkat kehamilan..

Apa kebaikan set Mengandung Shaklee ni??

Keberkesanan Set Mengandung Shaklee dalam menangani dan membantu mengatasi masalah lazim Ibu Hamil terbukti melalui pelbagai  perkongsian dari ibu-ibu Hamil yang telah menggunakannya.


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(
  • Penghasilan kolegan untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.

3) B-Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 
  • B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
  • Mengandungi acid folik untuk perkembangan bayi.
  • Mencegah anemia (kekurangan sel darah merah)
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Set Mengandung Shaklee
  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
    Set Mengandung Shaklee
  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Pastinya pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.
Perkembangan Otak Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrisi ibu yang baik.



Pilihan ditangan ibu-ibu..

Wassup/wechat/msg : 012-6647142
ID:1113210
Nama: shahrina
Fb : www.facebook.com/ShahRiena
: www.facebook.com/nurul.shazriena
FB Pages : www.facebook.com/duniakesihatanSya
Emeil : syakira1209@gmail.com



Kesalahan Ketika Mengurangkan Berat Badan


Makanan
Kebanyakan daripada anda yang sedang berdiet pandai memilih makanan namun begitu cara hidangannya yang selalunya salah. Pilihan anda untuk makan salad itu sememangnya bagus. Tetapi janganlah terlalu banyak campuranthousand island atau minyak zaitun. Cara masakan juga penting. Sememangnya bagus untuk mengambil lebih protein tetapi sekiranya anda memilih ikan yang digoreng daripada ikan yang dipanggang, diet anda akan menjadi kurang berkesan.

Senaman
Pada awalnya, anda akan bersungguh-sungguh bersenam sehingga satu jam tetapi ini hanya bertahan selama seminggu. Jangan biarkan ini berlaku. Senaman yang konsisten membantu anda mengurangkan berat badan. Mulakan dengan berjalan selama 20 minit dan lakukannya sebanyak 3 kali seminggu. Setelah metabolisme badan sudah dapat menerima senaman mingguan anda, tambahkanlah masa senaman kepada 30 minit. Jangan terlalu ekstrem. Sekiranya badan anda terkejut, anda akan merasa cepat letih dan kurang motivasi untuk teruskan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan.

Percaya Dengan Pil Kurus
Memang banyak pil kurus terjual di pasaran dan melihat daripada testimoni penggunanya, anda akan terus membeli tanpa usul periksa. Pil kurus mungkin mampu membuat anda kurus dalam masa yang pantas tetapi ia juga membuatkan berat anda naik dengan lebih mendadak. Kajian turut menunjukkan pil kurus boleh menghakis tali perut anda dan membahayakan kesihatan. Sekiranya anda mahu hasil yang sementara, mungkin pil kurus adalah pilihan yang tepat.

Minum Air yang Berkalori
Ramai yang berpendapat sekiranya kurangkan makan dan minum minuman coklat akan membuatkan anda merasa kenyang dan kurang makan. Anda salah. Satu kajian di Amerika menunjukkan 21 peratus rakyat Amerika naik berat badan kerana air yang diminum. Sekiranya anda minum, ia hanya akan melegakan rasa dahaga dan sekiranya anda merasa dahaga kembali, perasaan lapar itu akan timbul juga.

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">