Khamis, 17 November 2016

Resepi Kek Moist Lychee Delight(resepi Azlina Ina)

Assalamualaikum.. hari ni nak kongsi resepi kek yang sya dah buat..

Kek:
  • 3 biji telur ( gred B)\
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sb ovalette
  • 1 sb pes laici @ kordial laici
  • 1 sb sirap laici (air dari buah laici tin)
  • 1 cwn tepung naik sendiri + 1 sb tepung Jagung (ayak bersama)
  • 4 sb minyak
Cara2nyer:

     *Satukan semua bahan kecuali minyak. mix high speed hingga putih gebu.
     *Masukkn minyak, kacau bagi sebati.
     *Masukkn dalam loyang 7"
     *Bakar pada suhu 170-180c, api atas bawah, 35-40 minit (bergantung pada oven masing2)

-Keluarkan dari loyang setelah masak, Potong kepada 2 bahagian.
Sapukan Filing, susun buah laici dari tin     yang dah di tapis. Pastu cantumkan kek.
Rehatkan dalam peti sejuk beku selama 15 minit.

Kalau untuk kukus:
     
  *Tambahkan 1 sb soda berkabonat pada tepung.
  *Kukus 35 minit, api besar.

Filing:
  • 125 cream cheese
  • 5 sb susu pekat 
       - (Mixkan  sebati hingga pekat)
  • 1/4 cwn dairy whipping cream 
      - ( masukan dalam aduan tadi & mix lagi hingga kental)


     
     *1 cwn non dairy whipping cream (sejuk)
       - mix hingga kental.
       - tambahkan 2 sb sirap laici(air dari buah laici tin)
       - mix lagi hingga sebati
 Lepakan cream pada seluruh kek tadi yang direhatkan dalam peti sejuk.
 Hiaskan ikut kreativiti masing2.


Ini kek yang sya buat sendiri guna resepi kek moist lychee moist ni la..Lihatla hasilnya.. memang mudah dah sedap.. Resepi dari Alina ina ni memang best, senang dan sedap..Bagi orang yang x pro uat kek cam sya mmg ok sgt ikut cikgu ina ni.. Cuma sya x uat Lepa Fresh Cream sebab x dedairy whipping cream.. Kek ni sya buat masa besday mak sya yang lepas..

Isnin, 14 November 2016

Chia Seed VS Biji Selasih (Basil)



Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni..ramai orang mula mengamalkan pengambilan Chia Seed ni termasukla sya sendiri.. Dulu x berapa nak amik tahu..hihihi..Pastu ingatkan sama la dengan biji selasih ni..Rupa nye silap la...Adui.. Beza kedua2 nya..😊😊

Chia Seed VS Biji Selasih
Image result for chia seed plant
POKOK CHIA SEED
                                     
Macam sya cakap tadi, bukan sya saje silap rupanya ramai juga yang tersalah anggap bahawa Chia Seed itu sama sahaja seperti Basil Seed (Selasih). Hakikatnya kedua-dua jenis bijirin ini jauh berbeza daripada segi kandungan khasiat. Chia Seed mempunyai kelebihan yang pelbagai. Maka tidak hairanlah ia digelar SUPER FOOD. Memanglah 'chia seeds' kelihatan seakan-akan 'biji selasih' apabila ia kembang di dalam air, tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama.


   
        CHIA SEED                                                        BIJI SELASIH (BASIL SEED)


Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6. Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.


1. Asal : Chia Seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala. Sedangkan Selasih daripada India dan negara-negara Mediterranean.

2. Cara makan juga berbeza. Chia seed boleh dimakan tanpa di rendam atau dengan direndam. Sedangkan Selasih mesti di rendam dahulu. Kerana itu Chia Seed mempunyai pelbagai menu yang direka terutama oleh pengamal-pengamal fitness dari seluruh dunia. Overnight oat, puding bahkan ada yang nuat kek.

3. Rupa : Selasih, kecil dan hitam . Chia seed lebih besar sedikit dari selasih, berbentuk bujur dan berwarna putih, hitam dan kelabu. ketiga-tiga mempunyai khasiat yang sama sahaja, tiada beza.

4. Nutrisi : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Kerana itulah Chia Seed digelar super food. Ia kaya dengan protein, kalsium, omega 3 dan 6, serat, vitamin dan lain-lain.

5. Kebaikan / Khasiat : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Ia membantu menurunkan kolesterol, sesuai untuk pesakit diabetic dan lain-lain.

6. Harga : Harga Chia Seed jauh lebih mahal daripada selasih. Selasih mudah di dapati dimana- mana.


Kebaikan Memakan Chia Seed..
1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, Sifat anti-oksida itu melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas.

2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata “Lose Weigth Without Starving”. Ini kerana apabila kita makan ‘chia seeds’ ni , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .

3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. Sekaligus menyingkirkan toksin dari dalam badan.

4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. Yang ni macam subjektif sikit kan ?

5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Memang sesuai untuk lindungi tulang kita daripada masalah kerapuhan tulang.

6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.

7. Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. Tapi anda tetap kena minum air secukupnya.
Ok dah boleh jadikan ia amalan semua.. Mencegah lebih baik dari mengubati..Kebaikan di kongsi bersama..Sekian terima kasih..
Ini yang sya bancuh.. Jom minum..😋😋

Khamis, 3 November 2016

CiNtAi DiRiKu.: SaHaBaT

CiNtAi DiRiKu.: SaHaBaT: Assalamualaikum.. Sahabat...Apa khabar kamu sahabat?Ingatkah kamu pada sahabatmu ini?Masihkah kau mengangap aku sahabatmu? Sahabat.....

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">