Selasa, 24 April 2018

AMALAN CUKUR JAMBUL

CUKUR jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.

Sambil para hadirin berselawat dan berzanji, bayi didukung oleh bapa atau datuknya kemudian hadirin bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi.

Bagaimanapun satu persoalan timbul; sejauh manakah adat yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu di negara ini selari dengan syariat Islam?

Berdasarkan pemerhatian penulis, adat itu pada asasnya tidak bertentangan dengan syariat Islam, namun tindakan masyarakat yang menokok tambah perkara lain serta tidak melakukan amalan itu berdasarkan syariat Islam sebenarnya membuatkan hukum majlis cukur jambul ada yang menyalahi ajaran Islam.

Dalam Islam, mencukur rambut bayi yang baru lahir disebut oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya :

  "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama".


MENCUKUR RAMBUT

Menjelas perkara ini penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus berkata bagi memastikan majlis itu menepati sunnah Rasullulah, rambut bayi yang baru lahir itu perlu dicukur semua.

"Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berdarah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit... lepas orang balik cukur semua rambut jadilah ia sunnah", katanya.

Namun apa yang menjadikan amalan itu bukan sunnah apabila rambut bayi itu tidak dicukur sepenuhnya selepas majlis itu dan tiada pahala diperoleh daripada hanya mengunting sedikit rambut bayi yang baru lahir itu.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak.

"Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan", katanya.

Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.


AMALAN BIDAAH

Bagi Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, terdapat banyak perkara yang membuatkan adat cukur jambul dilakukan masyarakat Melayu bertentangan dengan sunnah mencukur rambut yang dituntut Rasulullah S.A.W. antaranya penggunaan buah kelapa.

"Mengikut sesetengah pendapat amalan cukur jambul seperti menggunakan buah kelapa adalah tradisi dan kepercayaan masyarakat India. Soalnya, kenapa guna buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?", tanya beliau.

Beliau berkata majlis cukur rambut tidak wajib disertakan dengan marhaban atau berzanji memadai dengan bersyukur sahaja melainkan jika diadakan akikah bolehlah diadakan jamuan.

Namun disebabkan rasa gembira menerima cahaya mata baru, masyarakat mengadakan majlis itu secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan.

"Perbuatan ini (mengadakan majlis) tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak maka ia menjadi satu kesalahan", katanya.

Beliau menegaskan bayi yang baru dilahirkan seharusnya tidak didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil supaya mampu membesar menjadi orang yang berguna kelak.


ADAT SELARI SYARIAT ISLAM

Datuk kepada penulis, Mohtar Haron, 79, yang menguruskan majlis cukur jambul anak ketiga dan anak saudara penulis baru-baru ini menjelaskan bahawa perkembangan minda masyarakat kini didapati semakin menghapuskan amalan bidaah dalam adat cukur jambul.

"Masyarakat kita sekarang semakin bijak kerana tahap pendidikan yang lebih baik berbanding dahulu membolehkan kita memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk... ditambah dengan kemudahan internet dan maklumat di hujung jari kita boleh tahu sendiri apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan", katanya.

Mengambil contoh penggunaan buah kelapa dalam adat itu, sekitar tahun 70-an dahulu buah kelapa yang ditebuk dan diukir perlu ada dalam adat itu, malah rambut bayi yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa dan kemudian ditanam.

Begitu juga dengan pulut kuning atau nasi kunyit yang dahulunya sesuatu yang wajib untuk majlis cukur jambul atas pelbagai kepercayaan, tetapi kini hanya dihidangkan sebagai satu daripada sajian biasa tanpa apa-apa kepercayaan untuk para hadirin pada majlis itu.

Sekarang amalan bidaan dalam majlis cukur jambul semakin berkurangan kerana masyarakat semakin mengetahui apa yang perlu, tidak perlu dan salah dilakukan berdasarkan syariat Islam.

"Tetapi air kelapa dan minyak kelapa itu ada digunakan lagi bila hendak menggunting dan mencukur rambut bayi itu, bukan kerana kepercayaan apa-apa tetapi khasiat bahan itu kurangkan gatal atau pedih selepas rambut dicukur dan membantu percepatkan pertumbuhan rambut baru", katanya.

Mengenai keperluan menganjurkan majlis cukur jambul, Mohtar berkata penganjuran majlis itu tidak wajib, cukuplah dengan mencukur rambut bayi itu mengikut sunnah Rasulullah dan penganjuran majlis itu bergantung kepada kemampuan keluarga itu sendiri.

Beliau turut melihat adat mencukur jambul itu sebagai satu cara yang amat baik memperkenalkan cahaya mata baru kepada seluruh anggota keluarga terutama yang tinggal jauh di perantauan.

"Cara ini dapat meningkatkan kemesraan antara keluarga di samping mendekatkan hubungan antara anggota keluarga daripada usia muda mereka, selain itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga kita dengan masyarakat setempat", katanya. - Bernama

Selasa, 17 April 2018

Rindu yang tiada titik noktah..

Assalamualaikum semua...
Sihat hendaknya..
Lama sya tak bersiaran..Tak berkesempatan..Idea nak mengarang pun tak ada..Maaf yer..
Ada yang rindu ker?hihi..

Bulan mac yang lepas.. Awal bulan kesihatan sya kurang baik..Sampai kena ambil cuti sakit dan cuti tahunan.. Dalam tak sihat tu.. Bapa saudara cik suami lak di khabar kan kritikal.. jadi kami kena balik kampung untuk ziarah.. Memang sya x de nak fikir benda lain..Tambah lak sya ada buat bisnes kecil2an jual sambal tumis ikan bilis cili api (bilis Pop Pop).. Alhamdulillah, dapatla tambah - tambah topup perbelanjaan kucing2 sya ngan duit belanja harian.. Bisnes suka2..Kita masak sendiri kita jual.. Makanan kegemaran pulak tu...

Kita merancang allah juga yang menetukan.. Yang di jangkakan akan pergi dulu tapi orang lain yang dijemput dulu Allah s.w.t...
7hb 3 2018(rabu).. Macam biasa jam 11 malam sya masuk tido dulu Pastu baru cik suami.. Keadaan seperti biasa.. weekend sebelum tu kami mmg ada balik kampung.. Balik saje2.. Tiap bulan sekali atau 2 kali mmg akan balik kampung ziarah org tua.. Ahad tu kami ada melawat pak ngah pakcik husband yang memang tenat di hospital serting.. Masa tu bapa mertua sihat..alhamdulillah.. Isnin tu melawat makcik husband kat Hospital sri kota klang.. Tak jauh dari rumah.. Kiranya minggu yang banyak melawat orang sakit..Ok.. balik pada cete rabu malam tu.. dalam jam 1.44 minit pagi.. Mak mertua sya kol.. Sya tengok hp kua nama mak mertua..terus sya terkejut.. mmg terus angkat.. dengar suara mak dah rasa x sedap hati.. bila mak suruh bagi hp pd suami..sya cool lagi.. Habis cakap, suami terus ajak siap balik kg.. ayah x sedarkan diri.. Yes...sya hanya fikir ayah sakit macam biasa,,sbb ayah selalu x sihat.. Ayah memang selalu masuk hospital.. cuma kebelakangan ni dah sanagat jarang.. Last masuk bulan 12 tahun lepas... Sebab arwah ada  sakit jantung.. Walaupun dalam keadaan terkejut,sya masih fikir yang baik2 je...tapi tengok keadaan suami, riasaunya dia... sya cuba tenang kan dia..

Memang tak nak kemas beg apa bagai.. just amik beg baju balik kg hari itu yang x dikemas lg.. masuk kan apa yang dpat di kapai.. so fahamla ape je di ambil.. Then kami terus balik kg.. Kami singgah kat shell highway NKVE isi minyak.. Sya pergi beli air ngan gula2.. supaya suami tak ngantuk.. Sebelum ambil adik ipar kat damasara.. Masa tula... dapat panggilan.... Ayah (bapa mertua) dah meninggal... Meninggal dunia.. Bila suami bagi tahu dengan keadaan dia yang sayu dan mata berair.. sya yang nak menanggis ni terpaksa tahan.. kena kuat supaya suami juga kuat..

Perjalanan kami jadi senyap sunyi ..Sebab masing2 dalam keadaan sedih.. Terutama suami...dia anak sulung.. Banyak tanggungjawab pas ni.. dan perjalanan kami di permudahkan.. hanya makan masa  2jam sahaja dari kebiasaan 3 jam.. KAmi sampai kemuning jenazah dah dibawa ke rumah.. Urusan di Hosoital juga mudah dan cepat.. Alhamdulillah... Sepanjang pagi tu nak tunggu pukul 10 pagi nak dikebumikan, tengok mak sedihnya... Pemergiaan yang tak dijangka.. Itula dikatakan ajal maut ditangan allah... Kita Tak tahu bila masa kita akan di jemput NYA.. Sedangkan Abang arwah yang sakit tenat.. Tapi ayah yang pergi dulu..

Urusan pengebumiaan ayah juga berjalan lancar.. Alhamdulillah.. Tima kasih pada semua.. Sedara mara, kawan2 jiran dan semua yang banyak membantu... Pemergiaan ayah memang terasa bagi sya.. Memang sya tak la dikatakan rapat.. Tapi moment2 bersama arwah tu yang terkesan.. Dulu masa sebelum pindha melaka..Sebelum ayah Disahkan sakit jantung, ayah seorang yang suka masak dan makan.. Sya pernah masak sama2 ngan ayah.. pastu ayah siap cakap nak masa menu apa.. sam2 siapakan bahan2.. Ayah suka masakan kari sya.. Ada sekali tu dia datang rumah kami.. sya masak kari ayam.. suka dia..dia siap cakap nanti masakan lgi..tapi nak daging lak.. Tapi pastu ayah dapat sakit jantung.. pemakanan ayah dikawal.. sya ada masak..tapi ayah x leh mkn banyak..Ayah suka makan buah.. tapi sejak sakit buah yang berair tak boleh,,tapi itu pun mak bagi.. sebab ayah makan ubat sekali makan banyak..

Memang sejak ayah sakit.. banyak benda terbatas.. nak makan sama pun susah.. sebab apa kami mkn ada benda ayah tak boleh.. mak mertua memang jaga semua itu demi kesihatan ayah.. Ayah kalau bab makan x pernah kedekut.. Ayah dulu masa sihat, baju anak2 dia yang gosok.. Itula kasih seorang ayah yang anak2 selalu x sedarkan.. Meraka tak tunjukkan kasih syg pada anak2.. tpi dr cara mereka itula menunjukkan sygnya mereka kat kita.. Ok.. sya rindu abah sya.... Abah pun macam tu..abah sya nampak garang tapi sebenarnya caring sgt..

Ahad sebelum ayah meninggal dunia, sya sempat sarapan bersama ayah.. Mak mertua cakap masa tu, sya makan laksa ayah nak.. tapi dia tak cakap.. lepas tu baru dia cakap teringin laksa.. dengar tu rasa nak meraung lak.. sya dah pelawa ayah mkn.. tapi ayah cakap xnak.. tula moment terakhir bersama ayah.. kali terakhir sya salam ayah dan ckp kat ayah untuk jaga kesihatan..

Bagi suami dan adik2 ipar mungkin dorang lagi sedih dan merindui ayah.. Rndu yang tiada titik noktah...

Al-fatihah buat ayah mertuaku Baharudin bin kurus..
#dalamkenangan

ini masa ayah masih sihat.. Tahun kedua beraya bersama family mertua..



Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">