Rabu, 30 Ogos 2017

Merdeka!! Merdeka!!



Assalamualaikum...Salam Merdeka ke 60 tahun... Salam hari raya aidiladha 1436 hijrah..

"Tanggal 31 bulan lapan 57.."♪♪♪
"Merdeka! Merdeka!.."𝀑♩♪
"Tetapla Merdeka.."♫♫
"Ia pasti Menjadi sejarah.."  ♬♬

Tahun ni sangat bermakna kita sambut merdeka... Cuti panjang sebab sambut sekali ngan hari raya haji...pastu sambung ke sabtu ahad.. So 4 hari cuti tu...wow... Lagi bermakna sukan sea 2017 #KL2017 , kita dapat 140 emas.. Lebih dari target 111 emas...Alhamdullillah.. Hadiah buat Malaysia sempena kemerdekaan Yang ke 60 tahun..

Cuma bola sepak ( ibu segala emas ) jer kita tak dapat emas.. Tak apa lah... Adat pertandingan kalah menang.. Nanti cuba lagi...hihi...Yang penting dah cuba sehabis baik.. Taniah pasukan bola sepak Malaysia bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee anda tetap juara di hati rakyat Malaysia..

Sukan memang menyatukan rakyat malaysia.. Tak kira kaum, bangsa, agama , fahaman politik & pangkat... Semua akan menyokong pasukan Malaysia.. Nampak tak? Semangat tu kuat...Kalaula semangat ini dapat di kekalkan selama2nya.. Aman jer..tenang jer..hihi...

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat kita rasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Seronok sangat time tu..Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan keesokkan harinya bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Pelnacong dari luar pun akan datang untuk meraikannya..Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka...Orang memang ramai..Dan macam2 ragam kita leh tengok..

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia.Tapi semnagat tu sekarang agak kurang la berbanding dulu..huhu.. Jalur Gemilang ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia, tu yang best..hihi..

Sya anak merdeka..hihi sebab lahir bulan 9...ok ..tu je nak cakap... Sempena merdeka tepuk dada tanya apa bakti kita pada negara..Apa pengorbanan kita?Berat soalan ni...

Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
TahunTema
1970Muhibah dan Perpaduan
1971Masyarakat Progresif
1972Masyarakat Adil
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975Masyarakat Berdikari
1976Ketahanan Rakyat
197720 Tahun Bersatu Maju
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
1979Bersatu Berdisiplin
1980Berdisiplin Berbakti
1981Berdisiplin Berharmoni
1982Berdisiplin Giat Maju
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1984Amanah Asas Kejayaan
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989Bersatu
1990Berjaya
1991Wawasan 2020
1992Wawasan Asas Kejayaan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1996Budaya Penentu Kecapaian
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006Keranamu Malaysia
2007Malaysiaku Gemilang
2008Perpaduan Teras Kejayaan
20091Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
20101Malaysia Menjana Tranformasi
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
20121Malaysia. Janji Ditepati[7]
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta[8]
2015-2016Sehati Sejiwa[9]
2017Negaraku Sehati Sejiwa[10]

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">