Jumaat, 19 Ogos 2016

KejirananKu

Assalamualaikum.Selamat pagi...

   Tik tok tik tok..jap je masa berlalu..dah setengah bulan 8.. lagi 4 bulan masuk tahun baru..Disebabkan sibuk masa syawal hari tu sampai x terupdate blog sya ni..hihihihi...busy la sgt..
Raya tahun ni sya raya sebelah suami..Kat melaka..minggu kedua syawal balik melaka balik sebab family mertua angkat barang pindah melaka dari serting N.9.Sebab bapa mertua dah pencen...jadinye dua minggu raya mmg xde masa pun..
Pastu dah sibuk beraya..tahun ni pulak banyak Jemputan raya..raya umah jiran2..dah setahun pindah umah baru nak bermesra2 dengan jiran..hahaha..dasat kan tapi memang best..enjoy...berkenal kenalan...baru la tahu nama jiran2..kalu tak senyum2 je bila jumpa..

Sebut jiran ni.Sebenarnye bila kita ni kena kenal jiran2 tetanga ni..Terutama jiran sebelah umah..lagi2 kalu umah yang kita duduk tu umah kita sendiri.Bukan umah sewa. Tapi jiran sebelah2 sya ni susah tul nak bertegur sape.sebab susah nampak dorang.Yerla masing2 keje..pastu anak kecik2 lagi..faham2 jela..

So syawal yang lepas sya ngan suami buat la makan2.. Orang sebut "Open House"..Alhamdullillah semua berjalan lancar...Boleh dikatakan 80% jiran datang.. Yang x de tu sebab keje dan ada urusan lain..Start dari jam 12.30 sampai 12.00 malam org datang. Sya jemput kenalan2 rapat gak ngan family. bile jiran datang,makan2, borak2..seronok sebenarnye bila kita kenal jiran..sebab bila berlaku apae2 kat kita di umah, jiran dulula yang dtg tlg sebelum family.kan kan..ok..tuk open house ni..sya masak sendiri..Memang puas hati sgt2. Menu nasi impit,rendang daging,kuah kacang, kuah lodeh, nasi ayam dan gorengkan nugget tuk anak2..Semua orang puji sedap..terkembang la sya ..hihi..ada yang x percaya sya masak sorg2..Awal pagi dah bangun masak. Seronok bila kita jamu org makan,dan org tu rasa kenyang dan sedap.. #masakpenuhkasihayang la katakan.. Jadi bila org makan pun rasa sedap..Yang penting kenyang..Dan makanan habis x bazir..

Kita dengan jiran ni kena baik2.tak boleh la sombong, bermasam muka dan nak berlawan..tapikan masa sya awal pindah..sya terkejut gak ngan sikap jiran sebelah sya ..dia menyewa..bukan sebab ape pun..cuma dia kalu parking kete mesti blok umah sya..So sya mesti tak dapat park kete dalam umah..bukan sekali, banyak kali.bila ckp baik dah masam muka.sya x kisah..tapi dia tahu time sya blik keje bila.so dia patut tahula.kalu balik tu kejap x pe..Ni kadang sampai ke esok pagi.pastu dia sendiri masam muka ngan kita..ape la...Tp alhamdullillah berkat sabar.dia dah pun pindah.kalu ikutkan banyak lagi hal dia buat..tapi sya selalu ingat mak pesan 'biar org buat kita jangan kita balas,doa baik2 jer".. dan ingat perkara ni,

sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu : 

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

Hidup berjiran ni kita kena selalu ingat ,berlemah-lembut dengan mereka iaitu menegur sapa dengan ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar mereka sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang kita ajukan, tidak meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima teguran jiran terhadap kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada, sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik terhadap jiran, memberi buah tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran tetangga.

Alhamdullillah setakat ni..semua ok2 je jiran sya..ada suri rumah,ada kerja sendiri, ada cikgu,dan keje. taman kami ada group watshap tau..tu penting sekarang ni..sebab cepat dan mudah berkomunikasi..

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">