Jumaat, 27 Januari 2017

Kuih Bakar Pandan..Sedap & mudah

Assalamualaikum.
Hari ni sya nak kongsi resepi Kuih Bakar yang sedap dan mudah dimasak.
Sya dah cuba masak banyak kali dan semua yang rasa cakap sedap...Adik sya & suami paling suka kuih bakar ni..Siap suruh buat berapa kali..

Ok ni resepi nyer:-

  • 2 cawan tepung gandum
    pic dr Google
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air jus pandan(blender 3-4 helai daun pandan dgn air)
  • sedikit garam
  • 2sudu besar majerin @ minyak masak(sya guna minyak msk je)
Caranya:-
  • satukan semua bahan
  • blend hingga sebati
  • sapu loyang dengan majerin @ minyak
  • jika suka tabur bijan dia atas
  • bakar dengan suhu 180'c antara 45 minit - 60 minit api bawah sahaja.tambah lagi 10 minit api atas(ikut oven masing2)..

Nah, senangkan..Cubalah memang sedap.. Jom Buat. Pikat hati yang tersyg..

Rabu, 18 Januari 2017

Tips Sihat Awet yang Mudah


8 tip awet mudah untuk anda amalkan:

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan.

7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.

Info dari page blog kevinzahri.com/health-fitness/

Selasa, 17 Januari 2017

Happy New Year & Happy Annivesary...To me..

Assalamualaikum.. Semoga sihat hendaknye semua..
Selamat tahun baru 2017.. Lambatkan sya wish... hihihi.. tapi tak apa la kan.. Sebab bulan januari belum tutup tirai lagikan...

Penghujung tahun 2016 hari tu.sya sibuk sikit dengan keadaan kesihatan pun tidak mengizinkan..hihihi.. Busy la sangat yer..

3hb disember 2016 sya sambut Annivesary perkahwinan sya yang ke 5 tahun..jap je masa itu berlalu...Plan macam2 sebenarnye nak sambut annivesary kami.. tapi apekan daya semua hotel,homestay & chalet full.. Salah sendiri lambat nak uat booking.. Sebab jadual keje suami.. Tapi tak apala dapat luang masa bersama pun dah cukup.. Jumaat malam tu sya dah masak special tuk cik suami.. Balik keje terus bersilat kat dapur.. Cik suami balik tgk senyum, Kambing bakar. makanan Orang putih campur melayu jer.. Nasi wajibla .. Dan kek untuk mencukupkan syarat sambut annivesary.. Berdua je kot.. Pastu ahadnye balik Melaka.. Kampung suami.. tu jela kejenya.. hahahaha....


Sabtu 3hb tu kami kua pun dah petang.. Pagi lepak2 rumah.. Sebab malam tadi dah candle light dinner berdua kan.. Sweet2 camtu.. Pastu perut dah keroncong kua makan kat Jeram.. Disebabkan nafsu makan yang membuak.. haa amik ko.. Cik suami amik order 5 lauk..πŸ˜‹πŸ˜‹Ketam goreng telur masin, Ikan siakap masak pedas, udang goreng butter, sotong masak black peper & kerang bakar...makan berdua jer pun... Tapi jangan tak percaya kami berdua berjaya habiskan.. Cik suami sebelum tu nak order nasi tambah, tapi sya kata lauk banyak ni.. kang tak habis.. Alhamdullillah semua makanan habis, so kami tak membazir.. Tu je sambutan kami.. 

Tahun baru pun tak pergi mana2 pun.. Masa tu ada kat kampung suami, Melaka.. balik Melaka..urmm... malam tahun baru??.. yer je cik suami cakap nanti kita pergi tengok bunga api kat A Famosa ... Awak ni ye tunggu.. last2 tak ader.. Tengok dalam mimpi jer.. Tido.. ZzzZzzz... Kelakar tul.. Tapi tak apa la... Keadaan badan pun tak berapa selesa.. nak kata demam tak.. Rasa sejuk je.. Lagi2 hujan je masa tu..

Awal tahun 2017 ni pun sya tak ada amik cuti, seperti selalu.. Kira simpan cuti yang ada.. Bawa ke hadapanlah cuti yang ada... Kawan2 sya pun terkejut..yela awak ni jenis dari bujang sampai kawin tahun baru je memang akan cuti.. Walaupun tak pergi mana2.Tapi ni,dah tu, nak cuti buat apa? Bukan ada plan ape2 pun.. Sebab Bulan 11 haritu dah bercuti ngan familykan..okla... Nanti ada masa sya cete tentang percutian Family sya yer.. So 3Hb januari 2017 dah masuk keje.. Keje Sorang2..Ramai cuti kot..Urusan anak sekolah , tak pun masih mood cuti..

Azam tahun baru?susah nak jawap ni.. Cuma harap yang baik2 saja. Diberi kesihatan yang baik,dipanjangkan umur & murah rezeki.. Dan semoga 2017 ada sinar yang berkelipan buat sya dan suami... Aamiin... Setiap orang pasti ada azamkan..Dan Azam yang paling banyak...  Azam memasing nak KURUS... hahaha.. azam sya suatu ketika dahulu..dan ramai tak berjaya..kih kih.. Apa2 pun azam kita tapi jangan lupe tanamkan azam ingin jadi yang terbaik dan perbaiki diri ke arah syurga Allah... Aamiin...

Selamat Datang 2017.. Semoga lebih kuat, sabar dan tetap iman.. 😊😊😊


Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">