Khamis, 2 Februari 2017

Resepi: Kek Batik Mudah.

Assalamualaikum..harini nak share resepi kek batik yang sedap dan mudah..
Anak2 buah sya memang suka..Sya masa majlis perkahwinan belah suami, sya buat kek batik ni untuk hantaran sampingan..Buat sendiri jer..Mudahkan..

Bahan - Bahan
  • 2 cawan milo 
pic dari Google
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket biskut marie - patah dua
  • 1/2 susu pekat manis
  • 125 gram mentega/ butter
  • 1 sk esen vanilla

Cara Penyediaan Kek Batik

Mula-mula cairkan butter ke dalam periuk dengan menggunakan api sederhana hingga cair kemudian masukan susu pekat manis dan gaul sebati

Kemudian masukan serbuk kok bersama milo dan gaul sebati atau hingga tiada milo berketul-ketul. selepas tu masukan essen vanilla ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.. padamkan api.

Masukan biskut yang sudah dipatahkan bersama kacang almond dan gaul hingga rata. kemudian masukan adunan ke dalam loyang yang sudah di lapisi plastik.

Padatkan kek batik didalam loyang tadi dengan cara menekan pada permukaan adunan. kemudian masukan adunan ke dalam peti sejuk selama kurang lebih 5 jam.

Akhir sekali, keluarkan kek batik dari peti sejuk dan biarkan 30 minit kemudian di potong-potong dan kek batik siap untuk dihidangkan..

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">