Khamis, 17 November 2016

Resepi Kek Moist Lychee Delight(resepi Azlina Ina)

Assalamualaikum.. hari ni nak kongsi resepi kek yang sya dah buat..

Kek:
  • 3 biji telur ( gred B)\
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sb ovalette
  • 1 sb pes laici @ kordial laici
  • 1 sb sirap laici (air dari buah laici tin)
  • 1 cwn tepung naik sendiri + 1 sb tepung Jagung (ayak bersama)
  • 4 sb minyak
Cara2nyer:

     *Satukan semua bahan kecuali minyak. mix high speed hingga putih gebu.
     *Masukkn minyak, kacau bagi sebati.
     *Masukkn dalam loyang 7"
     *Bakar pada suhu 170-180c, api atas bawah, 35-40 minit (bergantung pada oven masing2)

-Keluarkan dari loyang setelah masak, Potong kepada 2 bahagian.
Sapukan Filing, susun buah laici dari tin     yang dah di tapis. Pastu cantumkan kek.
Rehatkan dalam peti sejuk beku selama 15 minit.

Kalau untuk kukus:
     
  *Tambahkan 1 sb soda berkabonat pada tepung.
  *Kukus 35 minit, api besar.

Filing:
  • 125 cream cheese
  • 5 sb susu pekat 
       - (Mixkan  sebati hingga pekat)
  • 1/4 cwn dairy whipping cream 
      - ( masukan dalam aduan tadi & mix lagi hingga kental)


     
     *1 cwn non dairy whipping cream (sejuk)
       - mix hingga kental.
       - tambahkan 2 sb sirap laici(air dari buah laici tin)
       - mix lagi hingga sebati
 Lepakan cream pada seluruh kek tadi yang direhatkan dalam peti sejuk.
 Hiaskan ikut kreativiti masing2.


Ini kek yang sya buat sendiri guna resepi kek moist lychee moist ni la..Lihatla hasilnya.. memang mudah dah sedap.. Resepi dari Alina ina ni memang best, senang dan sedap..Bagi orang yang x pro uat kek cam sya mmg ok sgt ikut cikgu ina ni.. Cuma sya x uat Lepa Fresh Cream sebab x dedairy whipping cream.. Kek ni sya buat masa besday mak sya yang lepas..

Isnin, 14 November 2016

Chia Seed VS Biji Selasih (Basil)



Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni..ramai orang mula mengamalkan pengambilan Chia Seed ni termasukla sya sendiri.. Dulu x berapa nak amik tahu..hihihi..Pastu ingatkan sama la dengan biji selasih ni..Rupa nye silap la...Adui.. Beza kedua2 nya..😊😊

Chia Seed VS Biji Selasih
Image result for chia seed plant
POKOK CHIA SEED
                                     
Macam sya cakap tadi, bukan sya saje silap rupanya ramai juga yang tersalah anggap bahawa Chia Seed itu sama sahaja seperti Basil Seed (Selasih). Hakikatnya kedua-dua jenis bijirin ini jauh berbeza daripada segi kandungan khasiat. Chia Seed mempunyai kelebihan yang pelbagai. Maka tidak hairanlah ia digelar SUPER FOOD. Memanglah 'chia seeds' kelihatan seakan-akan 'biji selasih' apabila ia kembang di dalam air, tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama.


   
        CHIA SEED                                                        BIJI SELASIH (BASIL SEED)


Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6. Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.


1. Asal : Chia Seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala. Sedangkan Selasih daripada India dan negara-negara Mediterranean.

2. Cara makan juga berbeza. Chia seed boleh dimakan tanpa di rendam atau dengan direndam. Sedangkan Selasih mesti di rendam dahulu. Kerana itu Chia Seed mempunyai pelbagai menu yang direka terutama oleh pengamal-pengamal fitness dari seluruh dunia. Overnight oat, puding bahkan ada yang nuat kek.

3. Rupa : Selasih, kecil dan hitam . Chia seed lebih besar sedikit dari selasih, berbentuk bujur dan berwarna putih, hitam dan kelabu. ketiga-tiga mempunyai khasiat yang sama sahaja, tiada beza.

4. Nutrisi : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Kerana itulah Chia Seed digelar super food. Ia kaya dengan protein, kalsium, omega 3 dan 6, serat, vitamin dan lain-lain.

5. Kebaikan / Khasiat : Chia Seed jauh lebih berkhasiat. Ia membantu menurunkan kolesterol, sesuai untuk pesakit diabetic dan lain-lain.

6. Harga : Harga Chia Seed jauh lebih mahal daripada selasih. Selasih mudah di dapati dimana- mana.


Kebaikan Memakan Chia Seed..
1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, Sifat anti-oksida itu melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas.

2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata “Lose Weigth Without Starving”. Ini kerana apabila kita makan ‘chia seeds’ ni , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .

3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan. Sekaligus menyingkirkan toksin dari dalam badan.

4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda. Yang ni macam subjektif sikit kan ?

5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi. Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Memang sesuai untuk lindungi tulang kita daripada masalah kerapuhan tulang.

6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.

7. Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan. Tapi anda tetap kena minum air secukupnya.
Ok dah boleh jadikan ia amalan semua.. Mencegah lebih baik dari mengubati..Kebaikan di kongsi bersama..Sekian terima kasih..
Ini yang sya bancuh.. Jom minum..😋😋

Khamis, 3 November 2016

CiNtAi DiRiKu.: SaHaBaT

CiNtAi DiRiKu.: SaHaBaT: Assalamualaikum.. Sahabat...Apa khabar kamu sahabat?Ingatkah kamu pada sahabatmu ini?Masihkah kau mengangap aku sahabatmu? Sahabat.....

Jumaat, 21 Oktober 2016

Khasiat Buah Durian Belanda...

Assalamualaikum.Hai semua..sihat? Alhamdullillah..
Kejap je dah Bulan Oktober.Pertengahan bulan Oktober sudah..
Ok hari ni sya nak share tentang Durian Belanda..Khasiat buah Durian Belanda.. Sebab ape?Sebab sya sendiri minum dan amalkan..Banyak khasiat dia..Mencegah kan lebih baik dari Mengubati..

Image result for khasiat durian belanda
Buah Durian Belanda Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama “belanda” pada durian ini dan variasinya disebabkan ianya dibawa masuk ke Asia Tenggara pemerintah

Buah durian belanda mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, tannin vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Bijinya beracun dan dapat digunakan sebagai insektisida semulajadi untuk pokok sayuran.

KHASIAT BUAH DURIAN BELANDA

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Ia juga memberikan khasiat yang memang awesome:-

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

  •  Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  •  Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !
  •  Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


khasiat durian belanda
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan !

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola (durian belanda) yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola (durian belanda) secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Wah bestkan.. Ini masa untuk berubah.. Jom Bertindak..hihihi...
Kawan sya ada jual so mmg senang la sya nak dapatkan.. fresh lak tu..memang sya syorkan pada kawan2..



Rabu, 21 September 2016

CuTi YaNg BeRmAnFaAt....

Assalamualaikum..

Sehari ke sehari sya nak lakarkan cerita 16 Sept yang lepas..Cuti Hari Malaysia...Ape2 pun Selamat hari Malaysia semua..Macam mana cuti anda?Dimanfaatkan dengan aktiviti ape yer?Sya? hehehe... Cuti yang mmg best..Kebetulan Husband cuti, so sya dating wif bff sya la..urmmm kat Rumah je la.. Kat rumah sya je pun..
Memang plan awal dah pun.. Kebetulan Sorang bff sya dr Johor balik sini,cuti.. So complete la 6 org.Sya,mira,lina,ina,lin & eida Bukan senang gak nak kumpul semua ada.. masing2 dah ada tanggungjawab nak di pikul. Dah berumah tangga ni sebelum keluar rumah mestila nak siapkan apa yang patut.. Untuk anak2, suami.. Nak masak ke, kemas ape perlu. Kalau bujang pun kenala tolong mak ayah ape yang perlu dulu.. Tak kan nak kua macam tu je .. Kan kan... Macam  eida bujang lagi, sebab tu dia selalu kena buli ngan kami uat itu ini.. Uruskan apa2 bila kami nak jumpa/lepak sama.. dia gak photoghaper kami yg terbaik...hihi..

Image result for BffHari yang dijanjikan... Biasala katanye pukul 10 pagi...hahaha.. Sampainya pukul 11 lebih gak... Tapi ok gak.. Sebab pagi tu hujan lebat, sejuk.. Sya pun dapatla golek2 kat katil pas husband pergi keje.. Dan dapatla masak, kemas umah sikit2..
Bila Bff sya dah sampai..Berbunga2 hati nie..hihihi...sampai gak dorang ke teratak kecilku...Ada kek tau... Wah tu mmg dah biasa.. Sebab kami mesti sambut friendship day..Dan kali ni sambut besday sya sekali la...hahaha...terharu..terharu..thank korang..Selepas potong kek, makan2... Sya masak nasi lemak biasa je.. Tapi Bff sya ada bw KFC, buah & aiskrim..Tu pun dah full perut..kenyang..Sambil makan, sambil borak2.. Ambil gamba dah tentu..tentula..penuh memory hp..hahaha...amik gamba x payah cuci tula nyer...Macam2 gaya..

Yang kelakar bff sya yg sorang ni, Lina.. Sampai sorokkan anaknye kat belakang kami ..Nak nampak kami berenam..hahaha..kalau lepak ngan bff ni mmg gelak jela.. Ada je ceritanya..
Bila dah jumpa nya di rumah ape lagi..Lagila Bff sya yang sorang ni..suka main make up2..dan dia bawa alat make up dia..masin2 tadah mukala nak make up..Sambil belajar bermake up..Ini la orang perempuan.. Make up dan perempuan berpisah tiada..yeke??.. Bff sya eida  baru berjinak2 ngan make up.. Kawan sya mira yang bawa dia pergi kelas make up.. Seronok bila kawan x ekdekut nak share ilmu..Nak sama2 cantik.. sya pun mesti la nak asah kemahiran bermake up dan belajar make up..Main make up ni sampai leka..sampai ke petang.. hahaha...

Bff lepak sampai pukul 7 lebih gak..sampai cik suami balik..Tapi sya ok je..Sonok kot..Tapi Lina,lin & ina balik awal... Sebab ada urusan lain..bila dapat luangkan masa bersama kesayangan sya ni.. Sedikit sebanyak hilang stress, terubat rindu dan dapat eratkan lagi hubungan kami.. IA jadi sesuatu yang istimewa.. Susah nak gambarkan... Sebab mereka memahami kita.. dapat terima segala kekurangan kita sebagai sahabat.. Ikutkan kami berenam tak pernah sekelas.. Satu sekolah ia.. dan satu kawasan..Tapi ada la macam sya pernah sekelas ngan mira.. sekolah agama Ama sekelas dengan ina, alin & mira. Sya x pernah sekelas dengan ina.. Tapi diala bff dari sebelum tadika lagi sbb kami jiran.. macam eida, kami kenal ms kami STPM dulu.kalu nak cerita macam mana kami kenal dan bersahabat mmg panjang cerita nya..hihi.. tapi itula uniknya kami..
Next...Plan kami??? Just wait n see...

My BFF... Syakira84.blogspot.com


Khamis, 8 September 2016

LaKsa My KegEmArAn FooD. SeKaLi MaKan PaStI NaK LaGi!!!

Assalamualaikum..Buat ape tu??..
Hari ni nak cete pasal makan2.. Nyum nyum.. Ni salah satu makanan kegemaran sya.. Laksa... Kalu makan , bak kata orang mak mertua lalu pun x perasan...hahaha.. Nak share resepi gak..google je...kalu ikut resepi sya, sya masak xde sukatan.. Main campak2 je... Cewah mcm chef u...hahaha

Ini resepi untuk : 5 orang makan

Bahan-Bahan:                                                              

*1 bungkus laksa beras                                                      
*1 kg ikan kembung                                              
*1 sudu besar belacan (kalu x guna pun ok)
*2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
*1 ikat daun kesum
*4 keping asam keping
*gula dan garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:
Image result for resepi laksa
Ikan Yang direbus
*10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  (sya lebuh guna Cili padi baru umphh)
*2 biji bawang besar
*8 biji bawang merah
*6 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan(Kalu X de semua pun Ok):

*5 biji telur, direbus
*2 biji bawang besar, hiris nipis
*1 batang timun, hiris nipis
*Limau nipis, di potong
*1 ikat daun selom
*cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan:

Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.Kalu nak senang beli je laksa yang x yah rebus tu..yang dah siap just celur air panas..yang licin je..hihi
Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 2 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.
pic dari google page

Tengok pic tu rasa terliuq di buatnya...hahaha... Laksa ni byk jenis.. Ada laksa Utara. Ni yang paling sya suka...hihihi... Ada laksa penang, laksa Johor, Asam laksa, Laksam Dan lain2.. itu je yang diketahui.. 
Kalu mak buat.. Mesti kol sya bagitahu "mak masak laksa arini, datang x?.." Ayat tanya dia..hahaha... Mestila datang.. Macam Sabtu lepas..Mak buat laksa.. Datang gak malam tu.. Itula untung rumah sendiri tak jauh dari mak...Jangan jeles yer.. Mak mertua pun tahu sya suka laksa. Ingat lagi masa berpantang tak boleh makan laksa...Aduii bau je laksa rasa tension sebab x dapat makan...lama kot...
Okla selamat mencuba masak...kalu x rajin selamat membeli sahaja... Dan selamat menjamu selera... Makan biar berpada2 yer...Bye...


Rabu, 7 September 2016

HuJaN dI pAgI hArI



Assalamualaikum..

Saat sya menaip entry ini,ketika ini hujan masih turun sejak awal pagi lagi sebelum subuh... Alhamdullillah.. Lama kan hujan dah turun... maka.. ternaynyila...hahaha

Image result for hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi.........

(Sudirman - Hujan)

Bila hujan ni, mula la automatik badan jadi malas je...Lagila di awal pagi ni.. "kalau lah hari ini hari cuti,sambung tido .x yah keje.." (ayat biasa).. tapi apakan daya hari ini hari rabu..keje la oiii...
Tahukah kita ketika hujan nila waktu yang mustajab untuk berdoa.. Berdoalah mohon pada Allah S.W.T..Dah hujan pagi nikan boleh lah Solat sunat Dhuha pastu berdoa... Sayang nya Allah kat kita kan..

Ok sedikit info tentang hujan. Sya google je kat tenet.. hihihi....Hujan adalah sebuah peristiwa turunnya butir-butir air yang berasal dari langit ke permukaan bumi. Hujan juga merupakan siklus air di planet bumi. Proses terjadinya dan turunnya hujan , Mula - mula sinar matahari menyinari bumi, energi sinar matahari ini mengakibatkan terjadinya evaporasi atau penguapan di lautan, samudra, sungai, danau, dan sumber - sumber air lainnya. Kemudian Uap - uap air yang naik ini pada ketinggian tertentu akan mengalami kondensasi. Peristiwa kondensasi ini diakibatkan oleh suhu sekitar uap air lebih rendah daripada titik embun uap air. Uap - uap air ini  akan membentuk awan. Kemudian, angin (yang terjadi karena perbedaan tekanan udara) akan membawa butir - butir air ini. Butir - butir air ini menggabungkan diri (proses ini dinamakan koalensi) dan semakin membesar akibat turbelensi udara, butir - butir air ini akan tertarik oleh gaya gravitasi bumi sehingga akan jatuh ke permukaan bumi. Saat jatuh ke permukaan bumi, butir - butir air akan melewati lapisan yang lebih hangat di di bawahnya sehingga butir - butir air sebagian kecil menguap lagi ke atas dan sebagian lainnya jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan.
Inilah yang dinamakan hujan. Seingat sya masa sekolah ada belajar tentang macam mana hujan ini terbentuk..tapi lupa masa tingkatan berapa..Ke masa sekolah rendah?.. hahaha Lama sangat tinggal sekolah..

OKla bila hujan pagi hari ni, jalan jadi jemla.. Kebanyakkan akan menggunakan kereta untuk urusan masing-masing. Dan xkan la nak bawa kereta laju-lajukan..So semua akan slow...Keselematan di jalan raya amat lah perlu di ambil berat ok...Jalan licin kot..Xkan nak bawa laju..Biar lambat asal selamat..Sebab kebiasaannya, bila hujan pasti ada kemalangan. Tempuh la jem dengan hati yang girang...Smile...Layan jem dengan banyakkn doa...Istifar...

Itu je nak cete arini... semoga hari anda diselubungi kegembiraan dan keberkatan... Aamiin.. Cakap baik2 maka jadila yang baik2...
Image result for hujan

Isnin, 5 September 2016

SaHaBaT


Assalamualaikum..

Sahabat...Apa khabar kamu sahabat?Ingatkah kamu pada sahabatmu ini?Masihkah kau mengangap aku sahabatmu?

Sahabat.. kita kenal semasa kita sedang belajar tentang hidup.Semasa kita sedang masih kanak2..kita pernah terpisah kerana tuntutan masa depan kita..

Sahabat ketika itu, kita xpernah fikir apa2 masalah.. hidup kita hanya tahu belajar dan bermain sahaja.. Kita Mencipta kenangan indah kita sendiri sebelum kita kenal dunia sebenar..hari2 kita gembira dgn tawa gelak kita...Bergurau, bermain, gelak, bergaduh, menangis,mengejek,bergaduh,berkawan dan mcm2 lagi...(aku tersenyum sendiri mengingatinya)..semua indah, semuanya manis...(walaupun masa itu kawan2 kata aku ni garang..hahaha)

HAri berganti hari, masa terus bergerak... Dan kita membesar.. kita mula mengorak langkah seterusnya. Sahabat.. Tibalah masa Alam persekolahan menengah. Kita meningkat remaja. DAn ketika ini ada antara sahabat kita berpindah sekolah asrama.TApi aku hanya di sekolah menengah biasa...
Sahabat, saat ini kita mula berkejar2 dalam bidang akademik.Mencari sesuatu untuk masa depan..Adakah kita semakin matang? Walaupun saat inila rasa kita semua makin jauh walau hati meronta2 merindui sesama kita..KAu AKu Kita tetap sahabat. Alhamdullillah kita sama2 mencari dan belajar untuk kelangsungan hidup di masa depan demi harapan keluarga tersayang.. Ketika inilah kekuatan kita teruji. Dalam mencari masa depan kita mencipta kenangan terindah kita supaya tidak terlepas zaman remaja alam menengah begitu sahaja..

SPM berlalu setelah berhempas pulas belajar untuk keputusan yang cemerlang..Keputusan yang diperoleh tidak boleh ditoleh lagi.. kehidupan perlu diteruskan.. Sahabat, ketika itu ada yang menangis dan ada yang bergembira..KAu AKu Kita tetap bersyukur. Kita sama2 mengisi borang untuk kemasukan ke ITPA & ITPS.. Dan sekali lagi perpisahan demi masa depan..(AKu menangis)..WAlau apa pun kita tetap sahabat..KAu Aku KIta tetap ada bersama . Jarak tidak memisahkan persahabatan kita. Hubungan tetap setia erat terjalin .
Kau Aku Kita mencipta kenangan baru bersama sahabat2 baru..Menjadikan indahnya hidup kita, bertambahnya sahabat kita. Zaman sebagai student ,menjadikan kita lebih sibuk. Setiap kali ada je hari cuti, kita cuba untuk tidak mensia2kan nya dengan berjumpa..dan kenangan lalu itulah yang menjadikan indahnya hari2 kita.

Sahabat akhirnya kita ke alam Dewasa. Menempuh hidup dengan aturan kita sendiri. Alam pekerjaan..Ya allah cepatnya masa berlalu..TApi indahnya...SEBAB, Kau Aku Kita kembali bersama..Lebih erat..TAmbah erat..Sentiasa bersama  ketika susah senang tawa dan TAngis..so Amazing frendship kita...
Latar belakang yang berbeza tidak menjadi halangan kita bersahabat. Dan perbezaan bidang pekerjaan juga tidak sesekali menjadikan kita rasa berjauhan.. Kini segalanya terjawap siapa sahabat kita. Walau jauh tapi dekat dihati.. Dan aku yakin sahabat, dalam doa KAu Aku Kita, pasti terselit doa semoga Kau Aku Kita ditetapkan Iman,diberi kesihatan baik dan persahabatan kita kekal dunia akhirat.
Kini Kau Aku Kita mempunyai Tanggungjawab sendiri terhadap  Family, anak dan kerja. tapi yang best korang tetap ada.. JUmpa sekali sekala.. Ia menjadikan saat manis yang tidak boleh dilupakan dan tiap kali nak jumpa , rasa tak sabar...hahaha...lupa segala masalah dan tekanan.. TERIMA KASIH SAHABAT...Korang memang best!!!

Sekian Dari sahabat Korang.
Aku Kau Kita....
Dulu kini dan selamanya bersahabat..

(akan bersambung kisah sahabat ini nantikan)













Jumaat, 19 Ogos 2016

KejirananKu

Assalamualaikum.Selamat pagi...

   Tik tok tik tok..jap je masa berlalu..dah setengah bulan 8.. lagi 4 bulan masuk tahun baru..Disebabkan sibuk masa syawal hari tu sampai x terupdate blog sya ni..hihihihi...busy la sgt..
Raya tahun ni sya raya sebelah suami..Kat melaka..minggu kedua syawal balik melaka balik sebab family mertua angkat barang pindah melaka dari serting N.9.Sebab bapa mertua dah pencen...jadinye dua minggu raya mmg xde masa pun..
Pastu dah sibuk beraya..tahun ni pulak banyak Jemputan raya..raya umah jiran2..dah setahun pindah umah baru nak bermesra2 dengan jiran..hahaha..dasat kan tapi memang best..enjoy...berkenal kenalan...baru la tahu nama jiran2..kalu tak senyum2 je bila jumpa..

Sebut jiran ni.Sebenarnye bila kita ni kena kenal jiran2 tetanga ni..Terutama jiran sebelah umah..lagi2 kalu umah yang kita duduk tu umah kita sendiri.Bukan umah sewa. Tapi jiran sebelah2 sya ni susah tul nak bertegur sape.sebab susah nampak dorang.Yerla masing2 keje..pastu anak kecik2 lagi..faham2 jela..

So syawal yang lepas sya ngan suami buat la makan2.. Orang sebut "Open House"..Alhamdullillah semua berjalan lancar...Boleh dikatakan 80% jiran datang.. Yang x de tu sebab keje dan ada urusan lain..Start dari jam 12.30 sampai 12.00 malam org datang. Sya jemput kenalan2 rapat gak ngan family. bile jiran datang,makan2, borak2..seronok sebenarnye bila kita kenal jiran..sebab bila berlaku apae2 kat kita di umah, jiran dulula yang dtg tlg sebelum family.kan kan..ok..tuk open house ni..sya masak sendiri..Memang puas hati sgt2. Menu nasi impit,rendang daging,kuah kacang, kuah lodeh, nasi ayam dan gorengkan nugget tuk anak2..Semua orang puji sedap..terkembang la sya ..hihi..ada yang x percaya sya masak sorg2..Awal pagi dah bangun masak. Seronok bila kita jamu org makan,dan org tu rasa kenyang dan sedap.. #masakpenuhkasihayang la katakan.. Jadi bila org makan pun rasa sedap..Yang penting kenyang..Dan makanan habis x bazir..

Kita dengan jiran ni kena baik2.tak boleh la sombong, bermasam muka dan nak berlawan..tapikan masa sya awal pindah..sya terkejut gak ngan sikap jiran sebelah sya ..dia menyewa..bukan sebab ape pun..cuma dia kalu parking kete mesti blok umah sya..So sya mesti tak dapat park kete dalam umah..bukan sekali, banyak kali.bila ckp baik dah masam muka.sya x kisah..tapi dia tahu time sya blik keje bila.so dia patut tahula.kalu balik tu kejap x pe..Ni kadang sampai ke esok pagi.pastu dia sendiri masam muka ngan kita..ape la...Tp alhamdullillah berkat sabar.dia dah pun pindah.kalu ikutkan banyak lagi hal dia buat..tapi sya selalu ingat mak pesan 'biar org buat kita jangan kita balas,doa baik2 jer".. dan ingat perkara ni,

sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu : 

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

Hidup berjiran ni kita kena selalu ingat ,berlemah-lembut dengan mereka iaitu menegur sapa dengan ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar mereka sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang kita ajukan, tidak meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima teguran jiran terhadap kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada, sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik terhadap jiran, memberi buah tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran tetangga.

Alhamdullillah setakat ni..semua ok2 je jiran sya..ada suri rumah,ada kerja sendiri, ada cikgu,dan keje. taman kami ada group watshap tau..tu penting sekarang ni..sebab cepat dan mudah berkomunikasi..

Khamis, 2 Jun 2016

CiNtAi DiRiKu.: Kesalahan Ketika Mengurangkan Berat Badan

CiNtAi DiRiKu.: Kesalahan Ketika Mengurangkan Berat Badan: Makanan Kebanyakan daripada anda yang sedang berdiet pandai memilih makanan namun begitu cara hidangannya yang selalunya salah. Pilihan ...

Ramadhan Tiba...

HARAPAN RAMADHAN – RAIHAN FT MAN BAI
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN
KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI
DENGAN SEMPURNA
SELANGKAH DEMI SELANGKAH
SETAHUN SUDAH PUN BERLALU
MASA YANG PANTAS BERLALU
HINGGA TAK TERASA KU BERADA
DI BULAN RAMADHAN SEMULA
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN
KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI
DENGAN SEMPURNA
PUASA SATU AMALAN
SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHNYA
MOGA DAPAT KU LENTURKAN
NAFSU YANG SELALU MEMBELENGGU DIRI
TIADA HENTI-HENTI
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN
KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI
DENGAN SEMPURNA
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN
KALI INI PENUH MAKNA
TAK INGIN KU BIARKAN RAMADHAN BERLALU SAJA
TUHAN PIMPINLAH DAKU YANG LEMAH
MENGHARUNGI SEGALANYA DENGAN SABAR
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN
KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI
DENGAN SEMPURNA
KU MENGHARAPKAN RAMADHAN
KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI
DENGAN SEMPURNA
KU MEMOHON PADA TUHAN DIBERIKAN KEKUATAN
KU MERAYU PADA TUHAN DITERIMA AMALAN
SELANGKAH DEMI SELANGKAH
DENGAN RAHMATMU OH TUHANKU
KU TEMPUH JUA


tik tok tik tok... wah...Tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan berpuasa.. Dah ganti puasa tak ni, yang ponteng puasa tu?..hihi..

Jom berazam agar kita dapat menjalani bulan Ramadhan dengan penuh ketaqwaan dan berusaha mencari malam lailatulqadar..

Bila nak puasa ni, mula la macam2 yang dirancang dan difikirkan..terutama ibu2..nak masak ape untuk berbuka,untuk bersahur, baju raya, kuih raya,duit raya dan nak balik kampung raya mana.?? hahahaha... macam - macam difikirkan... Sebab sya pun macam tu.. tu yang salah tu.. bulan puasa inilah nak rebut peluang yang banyak terlepas... Keberkatan, Keredhaan dan pengampunan allah...semoga kita semua memperolehi nya..

Hanya dalam bulan ramadhan ni je ada solat terawih. rugi kalau tak rebut peluang lakukan..Dan malam Lailatulqadar..

JAdi pemakanan memainkan peranan ketika berpuasa ni. Pastinya semua mencari menu sahur yang boleh menjadikan badan kenyang, bertenaga dan kekal fokus kepada tugasan, serta dapat melaksanakan ibadah terawih tanpa kepenatan di bulan Ramadhan ini.

Nak kekal cergas dan bertenaga ketika berpuasa? NAh ni dia... vitamin yang membantu kita.

Tambah kapsyen


Nak tahu Kelebihan Set Berpuasa Shaklee ni?

Kelebihan set puasa shaklee ni..

Jika bukan bulan puasa sekali pun. set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi.... IA membekalkan badan kita  tenaga yang berpanjangan sepanjang hari..lagi - lagi di bulan ramdhan..

Set ini juga sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding) tau.

Kalu terlambat bangun sahur atau tak sempat masak untuk sahur. cth kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh, mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa. bancuh jer.. mudah kan..kekal bertenaga sehingga waktu berbuka. sya sendiri dah alami nye..

Dan sesuai juga dinikmati ketika berbuka puasa kerana  memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawih dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa .





Set ini juga sesuai untuk  :-
  1. Ibu mengandung 
  2. Ibu yang menyusukan anak 
  3. Orang yang bekerja berat (menggunakan tenaga badan) 
  4. Warga tua 
  5. Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa) 
  6. Remaja/Pelajar

Testimoni :-

Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan)

"Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sgt tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan2"

Selasa, 31 Mei 2016

Im back

Assalamualaikum...hai semua..

Setelah sekian lama sya sepi tak update blog..setahun lebih..Wow...lama kan... Ini semua disebabkan beberapa kejadian yang tidak dapat di elakkan..tapi alhamdullillah masih ada yang beli produk shaklee ngan sya.. Sebab Ape?? mereka masih percaya dan yakin dengan kebaikan produk shaklee..Sihat dengan prodcut alam sekitar...

Ok...start today blog ni akan mengalami perubahan..sya akan jadikan blog ni untuk perkongsian life sya dan apa yang sya lihat dari pandangan mata sya..kira kongsi cerita la...hihihi.. Sebenarnya sya dari dulu suka mengarang..cuma sekarang bakat mengarang dah kurang...ni kena asah balik... Im students Of Kesusasteraan kot...hahahaha...

Dalam kehidupan ini ada perkara yang kita inginkan tak semestinya kita dapat..kadang yang kita tak nak tula kita dapat... Yakinla pada perancangan Allah S.W.T yang hebat untuk kita.. In Sha Allah pengakhiran nya kita akan tersenyum.. Cewah 2x...ayat.. hihihi..biasalah lafazkan senang, tapi bila kita laluinye... hanya kita yang tahu...

Ok cukup dulu.. Nanti sya continue...

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">