Khamis, 17 Jun 2021

Berpantang Selepas Keguguran.

Apabila disahkan mengandung. Anda  pasangan pasti merasa gembira, lebih lagi ia adalah kendungan pertama anda.. Tetapi siapalah kita menolak ketentuan allah. Kandungan tidak lama dan keguguran pada trimester pertama. Keguguran pada trimester pertama biasa berlaku dan ia dikaitkan dengan oleh kecacatan (abnormality) pada  kromosom. Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.

Selain itu keguguran juga boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.

Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran. Apa - apa pun boleh rujuk pada pakar sakit puan anda.

PERLUKAH IBU KEGUGURAN BERPANTANG?

Jangat ingat ibu yang keguguran tidak perlu berpantang. Ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah soal berpantang selepas keguguran. Ramai berpendapat tak sakit sangat atau mungkin beranggapan berpantang selepas keguguran ala kadar sahaja. Sakitnya sekejap sahaja.

Sebenarnya, berpantang selepas keguguran sama pentingnya dengan berpantang selepas bersalin. Bahkan penjagaannya lebih sulit dan rumit. Kata orang tua tak boleh terlalu ‘sejuk’ dan tak boleh terlalu ‘panas’. Jika tidak berpantang dengan betul, bimbang nanti boleh menyebabkan angin yang berpunca daripada keracunan darah. Kesannya, wanita terdedah dengan risiko pelbagai jenis penyakit misalnya berasa lenguh di bahagian ari-ari, sakit pinggang dan sendi selepas keguguran.

Ibu yang mengalami keguguran perlulah menitik beratkan beberapa perkara semasa berpantang dari keguguran.

#Tempoh berpantang.

Mengikut pantang orang lama biasanya 44 hari, tetapi keadaan semasa sekarang bagi ibu yang berkerja agak mustahil untuk berpantang dan cuti selama 44 hari. Oleh itu adalah digalakkan/ disyorkan ibu berpantang sebaiknya selama 2 minggu seperti cuti sakit (MC) yang diberikan doktor pada anda.

#Pengambilan makanan.

Kalau ikutkan doktor tiada pantang dari segi pemakanan selepas keguguran. Akan tetapi ibu digalakkan uintuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan makanan yang berminyak, manis - manis dan berlemak, demi kesihatan ibu juga.

Perbanyakkan minum air kosong, makanan seimbang dan berkhasiat seperti makan sup panas, sayur sayuran , buah buahan , oat, ikan dan kurma. Boleh search makanan yang sesuai ketika berpantang. Boleh ikut seperti makanan orang berpantang lepas bersalin. Untuk kesihatan juga makanan ni, walaupun bukan untuk berpantang keguguran. 

#Penjagaan Rahim.

Meskipun ibu keguguran tidak melalui proses melahirkan anak seperti meneran atau pembedahan, namun anda masih perlu berpantang daripada bersama dengan suami.

Tempoh berpantang pula adalah mengikut tempoh berapa lama keguguran.Jika keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama (dua minggu hingga tiga bulan), ibu gugur perlulah pantang berjimak selama 30 hari.

Jika keguguran berlaku dalam tempoh 4 bulan hingga 5 bulan kehamilan, anda perlu berpuasa bersama dengan suami selama 40 hari, dan jika keguguran berlaku lebih daripada enam bulan, tempoh berpantang bersetubuh ialah selama 44 hari.

Wanita keguguran digalakkan berpantang bagi memberi masa kepada rahim bersedia untuk hamil semula.

Di samping itu, anda boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Rutin ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh.

#Hamil Semula

Anda tidak digalakkan melakukan hubungan intim dalam tempoh 14 hari semasa berlakunya pendarahan atau selepas disahkan keguguran. Mengikut hukum Islam, wanita tidak boleh disetubuhi selagi mereka mengalami pendarahan. Apa pun, mustahak bagi suami memahami emosi wanita yang mungkin masih mengalami kemurungan akibat keguguran tersebut.

Petua orang-orang tua pula mengatakan pantang dengan suami ini perlu hingga 30 hari, namun itu terpulanglah pada keadaan fizikal anda pada ketika itu.

Sekiranya anda pernah mengalami beberapa kali keguguran sebelum ini, pastikan anda mendapatkan pandangan doktor tentang waktu yang sesuai untuk hamil semula.


Selepas mengalami keguguran, biasanya ibu akan  diberi tarikh temujanji oleh doktor untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Patuhi temujanji ini agar  dapat memantau tahap kesihatan sebaiknya.

Sementara itu, pastikan berehat secukupnya dan jangan terlalu stress memikirkan kehilangan bayi . Luahkan perasaan  kepada suami, ibu, atau rakan terdekat. Banyakkan berdoa agar diberi kekuatan untuk bangkit semula. Sentiasalah positif dan jangan berputus asa. Mudah-mudahan, ada rezeki yang menanti tak lama lagi. In Sha Allah.


Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">