Khamis, 26 September 2019

Apa itu "Glycemic Index"?

Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?

Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri?

Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu G.I Tinggi (melebihi paras 70), G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan G.I rendah (di bawah paras 55).

Bagaimana nilai G.I dalam sesebuah makanan ini ditentukan?

Untuk menentukan nilai G.I dalam sesebuah makanan (sebagai contoh makanan A), makanan A akan diberikan kepada beberapa orang sukarelawan (untuk mendapatkan keputusan yang purata). Sukarelawan ini akan memberikan sampel darah mereka dalam julat waktu yang berbeza, dalam tempoh 2 jam, untuk diuji paras glukosa dalam darah mereka. Nilai tersebut kemudiannya diplotkan pada sebuah graf dan nilai G.I kemudiannya ditentukan menggunakan rumus kamiran (Integration) menggunakan komputer.

Mengapa pentingnya untuk memahami konsep G.I?

Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.

Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan yang manis?

Apa yang saya perlu tahu lagi tentang “insulin spike”?

Umum sedia maklum fungsi hormon insulin, iaitu sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4 perkara berikut (disusun mengikut turutan):

1 – membawa glukosa ke dalam sel
2 – menukarkan glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK

Memandangkan insulin adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat yang diambil ditukarkan kepada lemak badan.

Maksudnya, untuk mengurangkan kebarangkalian terjadinya “insulin Spike”, kita haruslah memilih makanan ber G.I rendah, tak kah begitu Susu Sejat?

Benar.

Secara kesimpulannya, kita perlulah memilih makanan berkarbohidrat  dengan nilai G.I dalam yang rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan menggurangkan pengambilan nilai G.I tinggi. So kena lebih berjaga-jaga kelak.


Contoh makanan nilai G.I
  1. Roti & Bijirin
  • Kentang Lenyak - 82
  • Oat - 80
  • Roti pPtih -  78
  • Nasi Putih -  77
  • Tepung Gandum - 75
  • Pasta - 60
  • Bihun /Laksa (tanpa kuah) - 58
  • Beras Perang - 55
  • Jagung - 55
  • Keledek  - 54
      2. Sayur - Sayuran
  • Labu - 75
  • Lobak Merah - 49
  • Kacang Buncis - 30
  • Brokoli - 15
  • Cili Merah - 10
  • Kubis - 10
  • Cendawan - 10
     3. Buah - Buahan
  • Tembikai - 103
  • Nenas - 66
  • Betik - 58
  • Mangga - 55
  • Pisang - 55
  • Kiwi - 52
  • Anggur - 46
  • Epal - 39
     4. Minuman / Makanan Ringgan
  • Jus Oren - 80
  • Teh Tarik - 72
  • Minuman Bergas - 70
  • Ais Krim - 61
  • Potato Chip - 55
  • Coklat bar - 49

Rabu, 11 September 2019

Masalah Wanita “breast besar” ..





Masalah Wanita “breast besar” ..

Lama dah rasanya tak update blog. Rindu pula nak sharing tips pada pembaca blog saya.. Hari ni sy nak share tentang payudara.. Ramai perempuan idamkan payudara besar. Memang boleh menjadi daya tarikan tersendiri bagi wanita. Kadang2 ada wanita yg berpayudara biasa ni rasa tergugat bila tengok wanita yg berpayudara besar. Cemburu sihat tu bagus.. Buatkan kita berusaha nak dapatkan yang terbaik..

Satu perkara yg tak diambil kira bg wanita yg ingin membesarkan payudara, mereka tak tahu memiliki payudara besar jugak banyak mendtgkan masalah tersendiri..

Seperti yang ditafsir oleh Huffington Post (15/10) yang menceritakan salah satu kisah wanita berpayudara besar. Berpayudara besar membuat wanita rasa tak selesa, seolah mereka harus ‘membawa’ perkara yang cukup besar di bahagian depan badan..

Bagi wanita pemalu jika sejak kecik berbreast besar ada yg membongkokkan badan sehingga kekal postur badan bongkok utk sorok payudara yg besar.

Rasa tak selesa terutamanya masa tidur, meniarap atau melakukan aktiviti yang terlalu aktif seperti berlari atau melompat.
Kalau remaja perempuan pulak mempunyai payudara besar (yg semulajadi tau) mereka ni akan nampak lebih tua dari usianya. Yang lebih parah, ramai juga memberi tanggapan negatif hanya kerana seseorang berpayudara besar.

Selain perkara2 di atas, berikut adalah 9 masalah lain yang dialami oleh wanita berpayudara besar.

Kerap berpeluh di bahagian bawah payudara. (Ruam dan gatal berkepam)

Susah mencari bra yang tepat dengan saiz sbb saiz cup yang terlalu besar. Kadang-kadang saiz cup tak ada yang muat sampai payudara tak sepenuhnya tertutup. Perlu keluarkan duit lebih sikit utk dapatkan saiz bra yg tepat (pakar bra dari kedai berjenama).

Kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan bahagian atas badan. Pakaian yang terlalu ketat selalunya membuatkan payudara terlalu menonjol.

Kurang berkeyakinan ketika ada lelaki yang cuba mendekatkan diri mereka. Akan timbul tanda tanya samada mereka tertarik dengan kecantikan, personaliti atau hanya sebab payudara yang besar?

Rasa pelik kena tahan pegang payudara waktu berlari atau melompat.

Payudara yang terlalu besar boleh menyebabkan postur tubuh tak cantik sebab tubuh akan lebih condong ke depan (bongkok).

Payudara besar berpotensi lebih cepat kendur dn lembik berbanding dengan payudara saiz sedang atau kecil. Lagi2 yang dah berkahwin dn menyusukan anak.. Payudara mcm tak ada isi (lempung).

Tak boleh berpakaian sedikit terbuka tanpa kelihatan seksi akibat payudara yang terlalu menonjol.. Sebab itu laa dalam Islam wajib menutup aurat nak lindungi perkara2 mcm ni.. Pakai tudung labuh2 kan sikit yer bahagian dada.. he he he..

Rasa tak selesa apabila payudara merupakan perkara pertama yang dilihat oleh setiap orang yang bertemu dengan mereka.

Besar salah kecik pun salah.. Manusia jadi serba salah.. Sebenarnya ada gak tips nak besarkan payudara x payah bedah pun tapi akan mengundang kanser payudara atau Rahim/servik juga.. Bagi makan lebih hormone estrogen..

Kalau nak kurus dan muda balancekan ke2 hormon utama penting wanita.. Ada kawan sy berkongsi pengalamannya katanya “adik2 beradiknya semua kecik dia paling besar sedangkan xda keteturunannya berbreast besar pun”

Melalui ceritanya sebelum usianya 11 tahun dia gemar memakan kentang setiap hari, kemungkinan kentang itu yg menjadikan breastnya sgt besar.. bagi kita dah tua ni x kan menjadi kalau nak membesarkan breast dgn makan kentang, makin MEMBESAR SATU BADAN ADA LAH..!!..

Sebelum mengakhiri stori sy kali ni perkongsian sy ttg payudara ialah..

Ada wanita sebelum berkahwin memiliki payudara yg cantik sedang elok besarnya, selepas bersalin kecut dan hilang terus breastnya.

Ada wanita kecik sangat selepas usia 40an sangat besar selambak.

Yg sering dialami wanita selepas bersalin dan menyusukan anak (sekurangnya 3 anak) ialah payudara sangat ketara dan lembik dn x menarik. Ini akan jd konflik diri dn perkahwinan..

Khamis, 15 Ogos 2019

Motivasi diri


Ketahuilah setiap kali orang yang meyakitkan hati,
mengata dan mencela kita,
melakukan pengkhianatan dan keburukan itu,
sebenarnya ia sedang dan telah melakukan kebaikan keapda kita.
Ia sedang menghapuskan segala kesilapan kita yang lalu dikaffarah dosa lalu dan menjadikan kita terkenal disisi para malaikat Allah yang sedang melihat kesabaran dan keteguhan kita,
mengaminkan setiap doa dan rintihan kita...
Menukar dari kepahitan (negatif) kepada kemanisan (positif)....
Itulah sifat Mukmin... CUBALAH..
U CAN DO IT....

Isnin, 6 Mei 2019

Khasiat limau purut Mengerutu..


Limau Purut Mengerutu.. 

Hasil carian imej untuk limau purut
gamba ikhsan google

Kedai India banyak jual Limau purut.. Dia mengerutu.. Org buat ubat rohani atau jasmani. Hidupnya kat di Asia Tenggara Thailand, Malaysia & Indon jer..


Orang guna untuk :
  • Bersauna gunakan limau + akar lalang. Bagus sgt rawat sendi dn serap toksin dlm badan..
  • Buat jus elok juga.. Tapi air dia x banyak mcm limau lain.. Banyak Vit C dan cepat cairkan lemak.. Segarkan badan
  • Org guna sebagai bahan penting utk mandian bunga tujuan kesegaran dn menaikan Seri badan..(nak kawin elok buat atau amalkan mandi sebulan 2 kali)
  • Baunya sebagai aromatherapi, nutraseutikal.. Elok juga sebagai formula produk penjagaan diri. Ia rawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
  • Ia halang pembesaran sel kanser..
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi..
  • Kaya flavonoid & polifenol dgn meninggikan antioksidan & Melambatkan penuaan
  • Mencegah penyakit berkaitan jantung dan barah.
  • Mengatasi masalah PMS atau sakit masa datang haid
  • Menguatkan imun & kurangkan pening kepala atau stress
  • Buat mood tenang..

Share pd kawan2 sebagai rawatan penjagaan diri kat rumah.. Mudahan kita semua sihat dgn bahan2 alam..

Jumaat, 5 April 2019

Tersalah kenal...OH NO!!

Assalamualaikum semua..
lama rasanye sya x update blog ni...Maafla ye semua.. Sya sedikit sibuk dengan urusan sendiri..hihihi..Dan mood pun asyik ke laut...bestnye kalau dapat mandi laut..

Macam mana mood nak ok, kalau ada je masalah dari orang yang x tau la apa masalah nyer...Ingatkan dalam umur dah 30 an ni.. tak ada  dah nak terkenal kawan yang macam2 perangai...Bila di kenang.. kelakar je rasa.. Tahun lepas, 2018 adalah tahun boleh dikatakan mencabar.. Ada best dan ada x best...

Sebab sya dapat berkenalan dengan ramai orang tahun 2018.. dan kelakar nyer... Macam budak2.. aduhaiiii... Pelik tapi benar..memang tersalah kenal betullah...Tu la cakap, ingat dah umo mcm sya ni tak ada dah orang nak cari gaduh.. Hasut orang sana sini... Perli2..buruk2 kan orang...Tepuk dahi tau..
Yang best kita ni x tahu apa2 pun.. pastu kita kena...opsssss.... Dugaan hidup... Allah datang kan kepada kita orang yang berbagai rupa berbagai perangai..untuk ingatkan kita... Jadi sabar la ubat segala masalah...

Tak terfikir boleh tersalah kenal...Niat hati nak tambah kawan.. Eratkan silatulrahimi antara sesama manusia..Tapi tidak seperti itu.. Sikap iri hati dan tak puas itulah membunuh segala kebaikan... Bukan tak ada yang sya baru kenal baik.. ada.. alhamdulillah malah dorang boleh sesama sekepala ngan sya.. seronok sangat dapat kenal orang macam tu..Aura positif selalu..

Orang akan cakap.. ala orang perempuan ni biasala sesama dia pun ada je tak puas hati..Yer sya akui perkara tu..Tapi jenis sya .. sya tak suka nak rapat dan baik dengan orang.. Malah sangat susah nak mesra... Sebab benda2 macam nila.. Ada je orang x senang ngan kita...Ada je salah kita pada pandangan mata dia.. Atau kita ni.... baik dengan semua orang .. tapi sebabkan  dia x suka org lain kita terpalit sama...Allahuakhbar..ini banyak sangat berlaku.. sampai kita tak boleh nak rapat dengan orang lain yang dia x suka.. Apa kejadah semua ini?? urmmmm...

Pengalaman mengajar kita.. So sya x de nak marah2 sampai nak pergi serang, maki2 .. Just play the game...hahaha..dan paling kuat sya buat diam seribu bahasa.... Diam lagi baik.. Siapa yang kenal sya sya memang jenis macam tu ...Diam supaya tak timbul fitnah mulut.... Sebab tu bila kenal seseorang jangan mudah memberikan kepercayaan.. Dan jangan mudah baik sangat.. Baik sesama manusia itu memang digalakkan dan perkara baik.. tapi simpanlah sikit supaya kita tak tersalah menilai suatu hari nanti...

Pengalaman ni akan sya simpan dan jadikan pengajaran... salah sya juga sebab baik ngan orang dan akhirnya memakan diri  sya... Ia jadi kemelut yang ntah apa2 jer... Sebab 2 kali perkara ni jadi.. Tersalah kenal kawan.. awal tahun 2019 baru2 ni pun sama... Sakit hati ni allah jer tahu..Tapi alhamdulillah masih kuat bertahan... dan bersabar... sebab masih ada suami yang mendengar dan menegur...Masih ada keluarga yang syg diri ni.. Dan kawan2 yg setia menguatkan hati.. Bukan kawan yang hanya tahu cari salah kita jerr.... Dia je betul...Jauhkanla sya dari kenal orang macam tu lagi.. Sebab kawan yang macam tu.. Kita nasihat dan tegur pun tak guna.. sebab dia rasa dia betul..Bila kita diam,sebab xnak lawan.. habis dia ckp mcm2 .. Perli di media sosial tu teramat biasa pada zaman ni..OH NO..  tak apalah.. Allah ada menilai diri ini.. Manusiakan sifatnya tidak sempurna.. 

Jadi baiki diri sendiri lagi baik dari terus fikirkan hal yang tak ada faedah... biarla orang nak buat apa... Penat diam la dia...

Semoga ia pengajaran berharga buat sya.. Dan stop mudah mesra dengan sesiapa yang baru dikenali.. Ramai kawan tak menjamin apa2.. Bukan kuantiti yang kita harus titik beratkan tapi kualiti kawan tu yang penting.. syukur masih ada sahabat yang x pernah jemu layan kerenah ini.. Sama2 naik..Tak pernah nak ada perasaan cemburu dan dengki.. Bila jauh rindu...

 Apa yang sya luahkan harap ia jadi pengajaran pada semua.. Sebab kita semua tak sempurna dan ada silap... Kita mudah kan orang lain.. In sha allah akan mempermudahkan urusan kita... Yang lepas jadikan pengajaran... Seperti kata DFMK.. sentiasa doakan orang lain walaupun musuh kita.. Semoga allah sentiasa menjaga kita semua...


Selasa, 5 Mac 2019

Ujian tanda Allah S.W.T sayang..


Hasil carian imej untuk ujian tanda allah sayang

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang allah akan uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran saat manusia bertanya akan ujian yang selalu mendatangi dirinya. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surat Al-Ankabut, 2).

Apapun bentuk ujian yang kita terima bukan persoalan yang besar untuk kita tanyakan, tetapi bagaimana kita harus menghadapi ujian itu adalah pokok persoalannya supaya kita tidak menjadi orang yang kufur terhadap segala pemberianNya kepada kita. Sebagai seorang mukmin setiap ujian yang terjadi kepada kita ucapkanlah dengan ‘innalillahi wa inna illahi rojiun’ yang bermaksud “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.”

Setiap dari kita menghadapi ujian dalam pelbagai bentuk. Malahan, ujian kenikmatan itu sendiripun adalah satu ujian. Apatah lagi ujian sakit, ujian waktu, ujian harta, ujian pekerjaan, ujian perhubungan atau apa juga bentuk peristiwa yang terjadi kepada kita yang mana kita merasa sangat sulit jika berdepan dengan keadaan situasi yang menuntut kesabaran itu.

 Allah menurunkan ujianNya untuk melatih kita lebih tabah dalam melalui kehidupan ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran Ayat ke-200 bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.”

Kadang kala kita lupa sampai mempersoalkan kenapa aku di uji sebegitu sekali? Kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita
Ini kerana ada orang menerima ujian dengan hati yang tabah, ada orang melihat ujian yang sama dengan pandangan yang kecil. Lalu gagal untuk mengawal perasaan dan mengambil tindakan yang tidak sewajarnya. Kegagalan kita mengawal emosi dalam berdepan ujian inilah yang akan merugikan diri sendiri dan mungkin juga akan menyakiti orang lain juga. Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Perumpamaan ujian dalam hidup ini boleh diibaratkan seperti sesenduk garam yang dicurahkan ke dalam segelas air, dan sesenduk garam itu juga dicurahkan ke dalam sebaldi air. Air yang di dalam gelas tentu lebih masin berbanding air yang di dalam baldi tadi. Sama juga ujian bagi seseorang manusia seperti sesenduk garam yang kalau diterima dengan hati yang sempit maka ujian itu menjadi berat, tetapi kalau diterima dengan hati yang lapang dan luas, maka ujian itu menjadi ringan. Oleh itu, luas dan lapangkan hati supaya ujian yang dilalui itu menjadi kecil bagi kita.

Mengecilkan masalah tidak akan menyelesaikan masalah atau ujian berkenaan, tetapi kita harus meluaskan hati dan membesarkan minda supaya masalah yang kita lalui itu dapat ditangani dengan satu penyelesaian yang bijak. Ini kerana orang yang berjiwa besar tidak akan sama sekali terjejas dengan ujian-ujian yang dianggap sebagai satu garam sahaja dalam kehidupan. Malah ujian yang jatuh pada hati yang lapang dan kuat tidak mudah terasa sakit atau goyah.

Bagi manusia yang jiwanya lapang, kuat dan utuh akan menganggap ujian seperti hasad dengki, fitnah dan caci maki orang terhadapnya atau suami berkahwin lain sebagai satu dugaan kecil kepadanya, malah langsung tidak menjejaskan akhlaknya dalam mendepani cubaan sebegitu. Hati mereka ini tetap lapang dan selalu mengembalikan setiap ujian itu sebagai tarbiah Allah buat dirinya.
Malahan setiap ujian yang menimpa dirinya diterima dengan dada yang terbuka dan mempunyai kepercayaan yang teguh bahawa setiap sesuatu ujian itu mengandungi hikmah yang tersembunyi. Bagi mereka yang mempunyai kekuatan dalaman dan keimanan yang tinggi terhadap qada dan qadar Allah swt tidak akan pernah tewas dengan ujian sebaliknya dugaan itu dijadikan sebagai jalan untuk mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Namun, kita tidak akan mampu menjadi orang yang lapang hati jika kita tidak mempunyai keyakinan dan tinggi terhadap Allah. Keyakinan ini berhubung dengan kekuatan akidah dalam diri kita sendiri. Bagi menguatkan akidah dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah kita hendaklah selalu persiapkan diri dengan mendekati segala suruhannya dan menjauhi segala larangan dan maksiat yang akan menjauhkan diri kita denganNya.

Kita juga tidak akan mendapat kekuatan dalaman sekiranya tidak memiliki hati yang bersih. Mulut dan percakapan yang kotor akan mengotorkan hati kita, fikiran yang kotor akan mengotorkan hati kita, menjejaki tempat yang maksiat akan mengotorkan hati kita. Justeru, selalulah membasuh hati dengan zikrullah dan menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kerosakan kepada hati kita.
Dalam kita mendepani ujian kehidupan, pastinya kita tidak boleh mengawal setiap ujian dan dugaan yang mendatangi kita tetapi tugas kita adalah menggunakan akidah yang mantap, kelembutan akhlak dan kesempurnaan amal ibadat kerana dengan ini kita boleh menangani apa juga yang berlaku kepada kita. Ini kerana peristiwa yang diiringi dengan reaksi akan membuahkan hasil dari setiap tindakan yang kita ambil. Kita tidak mampu mengawal setiap peristiwa yang berlaku tetapi kita mempunyai pilihan untuk memberi reaksi yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik.

Begitu juga setiap ujian sebenarnya adalah untuk melihat siapakah diri kita. Bagaimana kita bertindak terhadap ujian, itulah diri kita. Ada orang tidak dapat mengawal emosi dan perasaan ketika berdepan ujian, ada orang sabar dan tabah ketika sedang diuji, ada orang lebih mendekatkan dirinya kepada Allah dan apapun bentuk reaksi kita kepada masalah, itulah diri kita yang sebenar, walaupun barangkali kita selalu berkeadaan baik ketika menjalani kehidupan ini.

Dengan ujian juga, sebenarnya Allah mahu membersihkan kekotoran pada hati kita. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti air yang membersihkan kotoran pada badan kita. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”
Ujian atau musibah itu juga adalah satu bentuk Allah mengenalkan diriNya kepada hambaNya. Bila kita tidak redha dengan ujian, bererti kita belum benar-benar mengenali kekuasaan Allah dan sebab itulah Allah mahu mengampunkan dosa-dosa kita dengan cara memberikan ujian mengikut kemampuan hambanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(Surah Al-Baqarah ayat 286).

Justeru, lapangkanlah hati, kuatkan jiwa dan luaskan perasaan saat kita menerima apa juga ujian Allah kerana setiap ujianNya tidak diberi secara sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya segala yang terjadi kepada kita pahit ketika berlaku tetapi manis bila dikenang.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan."

"Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."        

(sumber google)

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">