Jumaat, 31 Mac 2017

Resepi Kek Coklat Lembap Tersedap abad ini!!

Assalamualaikum.. Hari ni nak share resepi kek coklat lembap yang sedap..sya dah buat..mmg puas hati..mudah sgt2.. Kena cuba tau..

Ok ni resepi nya.. 

Bahan Pertama

  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
  • 1 cwn serbuk koko

Bahan Kedua 

  • 4 biji telur 
  • 1 atau 1/4  cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu kecik esen vanila

CARA2NYA :

1. Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, minyak masak ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya. 

2. Campurkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata 

3. Kemudian, pukul telur sehingga kembang. 

4. Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata. 

5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Siapkan loyang yang dah dileserkan minyak atau margerin kemudian masukan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 40 minit sampai 50 minit, 180'c.
BAHAN TOPPING :

Bahan: 
nila kek sya buat ni sya dah potong masuk bekas.
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis 
  • Dua (2) sudu besar serbuk koko 
  • Dua (2) sudu besar mentega 
Cara:

  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat 
  • Kemudian masukkan mentega dan tutup api 
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda. Nak menarik taburla warna warni tu..coklat rice..

Selamat mencuba!!

Jumaat, 24 Mac 2017

Redha - Irfan Haris ...

The best lirik yang sya suka... Maksud yang sgt2 mendalam..
Tanpa redha Mu Ya allah aku sakit.. berdosanya aku ya allah..




Tuhan tolonglah bukakan
Cinta dan kasih dalam hidupku
Waktukan menyepi
Kian pergi membawaku
Saat ternantiku akan rahmat-Mu

Kuimbasi jalan yang berliku
Penuh gelap bisa dan harusku takutkan
Merantai jiwaku
Berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku

Terangi dengan cahaya hikmah-Mu
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

Rabu, 8 Mac 2017

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


2.   AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)


3.  RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4.  RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


5. RASULULLAH TIDAK MARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


6.  SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.


7.  TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


8. JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Febuari 2017 akanku kenang...

Assalamualaikum..
Semoga sihat hendaknye semua.. Alhamdullillah sya pun sihat..
Hari ini hari Ketiga kerja setelah cuti sakit hampir sebulan..Lama kan..rasa malas pun ada sebenarnye..hihihi..tula cuti lama kan...

Cuti sakit?Sakit apa?Sedih sebenarnye..Ngat x sya ada ckp awal tahun sy rasa x sedap badan.... Sya pregnant...Masa tahu sya disahkan pregnant hanya allah s.w.t yg tahu betapa bersyukur dan gembiranya sya.. cik suami pun sama.. Sampai x terkata, nak nangis pun ada.. Yerla hampir 5 tahun sya tunggu saat ni selepas gugur pada tahun pertama perkahwinan.. Tapi perancangan Allah itu adalah lebih baik dan x siapa pun boleh halang.. sya keguguran tuk sekian kali ni nya.. Walaupun penjagaan pergnant kali ni memang dititkberatkan.. Sya memang sgt2 berjaga2.. Sebab kita dah berusaha lama dan sangat berharap.. Tapi Allah lebih sygkan anak syurga sya ni.. Allah pinjamkan 15 week 5hari tuk sya rasa mengandung.. Bila doktor  bgtahu sya yang baby tak berkembang, membesar dengan baik dan akan gugur.. Sya hanya mampu berdoa dan berharap akan ada keajaiban... Menangis? Yer sya menangis je saat itu.. Dalam hati tak ada siapa pun tahu.. Rasa tak nak lalui semua ni.. Sakit sangat hati ni.. Sakit ya allah... Sakit...

Pagi 08/02/17 keluar darah sikit.. Sama seperti saat sya gugur dulu.. Masa tu sya dah cakap pada diri sya, sya kena redha dan berdoa semoga semua dipermudahkan.. Masa tu sya kat umah mak.. Suami keje.. Tapi pagi tu dah pergi hospital cek.. Masa itu lah doc cakap.. Selapas hantar sya balik umah mak baru suami pergi keje.
Pagi 09/02/2017 sya dah rasa tak sedap badan.. Macam2 rasa ada... Orang cakap rasa macam nak bersalin.. Tak senang duduk, berpeluh, nak terberaklah, terkencinglah... huhu.. Nak nangis tapi kenangkan mak abah. Tak sampai hati sebab tak nak mak abah turut sedih.. So tahan jer..  Masa dalam tandas, masa tu janin kua.. Anak umi pergi tinggalkan umi sebelum sempat umi peluk awak syg.. Maafkan umi sayang...  Umi dan papa sayangkan kamu sangat2 sayang.. Walaupun kamu hadir sekejap tapi hari2 umi dan papa sangat bermakna saat kamu dalam rahim umi sayang.. Lama sya dalam tandas masa tu, menangis sepuasnye.. yer sendiri... Pastu baru panggil mak abah.. Mak cakap sabar.. Ujian Allah.. yer mak... dah kua tandas sya sebanrnye nak pitam..  so terus baring, rehat..

Bermula episod sya berpantang..... Mak terus suruh rehat.. dan mak terus masak masakan orang pantang.. hampir 2 minggu tiap hari sya akan menangis.. Kali ni rasa sgt2 perit,terasa kehilangan sgt2.. Alhamdullillah family sentiasa ada.. Anak2 buah sya yg riuh kat umayh mak, buat sya lupa kesedihan tapi bila malam jer teringat.. Lebih2 lagi bila cik suami tak balik tidur umah emak.. Alhamdullillah Bff sya ada selalu untuk bagi kata2 semangat & nasihat serta kongsi pengalaman berpantang... kawan2 office pun ada yang kol sya,wassup tanya kaba dan dorang juga x putus bagi semangat kat sya.. Bersyukurnya sya dikelilingi mereka yang sgt2 awesome.. Sebab tu saat kita bersedih orang keliling memainkan peranan, tak dapat jumpa tapi masih berhubung dan berikan kata2 semangat serta bertanya khabar.. Family mesti la utama.. Selagi masih ada mak ayah hargailah mereka.. 

Lepas ni kena start berusaha lagi untuk baby.. hihi.. Doakan sya yer kawan2.. semoga ada rezeki sya lagi selepas ni.. Sya yakin pada perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik buat sya dan suami.. Kuatnya mereka yang diuji tiada anak.. Kuatnya mereka yang telah berusaha dan menanti cahaya mata selama bertahun2.. Sebab tu janganla kita bertanya tentang anak jika kita tahu pasangan suami isteri tersebut belum dikurnikan zuriat.. Selama hampir 6 tahun perkahwinan sya ni, memang banyak sya baca, dengar malah lalui sendiri bagaimana perit dan sakitnya tuk lalui hari2 tanpa zuriat.. Kata2 ejakan tu kadang2 macam dah lali.. Sebab orang yang bercakap tu bermasalah hati kot.. Dia x rasa, tu la mudah jer cakap..

Okla tu je sya nak cerita, nak nangis plak.. huhuhu, sedih... Siapa tak nak anak oiii... Kalu dah kahwin anak la pengerat hubungan suami isteri.. Cahaya dalam rumah tangga.. Penyeri sebuah rumah.. Betul tak? Hargailah bila kita dikurniakan ramai anak tapi janganlah berbangga sampai melukakan pasangan yang belum dikurniakan zuriat.. Sebab tiada jaminan pasangan yang punyai zuriat masuk syurga.. Nila kata2 semangat yang sya selalu dapat.. Yer.. kata2 semangat ni la buat dirini masih kuat dan tabah hadapi ujian allah ... Alhamdullillah..


Inilah ceritaku... Febuari 2017 dalam kenangan.. Al- fatihah buat anak syurga umi...Al-fatihah buat diriku sendiri...

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">