Rabu, 7 Mei 2014

Cara Atasi Masalah Kulit Pucat

atasi kulit pucat..


Sesetengah wanita tidak mempunyai banyak masalah kulit tetapi rata-rata tidak boleh berpisah dengan alat solek kerana mempunyai kulit yang pucat. Khas untuk wanita yang mempunyai masalah ini, kami ada beberapa cara untuk anda mengatasi masalah ini.

1. Kulit pucat disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak baik, jadi pemakanan yang betul sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Elakkan memakan makanan yang diproses atau makan segera dan banyakkan mengambil protein dan bersenam untuk melancarkan pengaliran darah dalam badan anda.

2. Secara tradisional, sarang burung dikatakan bagus untuk pengaliran darah sekaligus boleh mengatasi masalah kulit pucat.

3. Salah satu punca masalah kulit pucat adalah kurang air di dalam badan. Banyakkan minum air dan kurangkan air yang manis atau berkabonat.

4. Elakkan sebarang produk kecantikan yang mengandungi hydriquinone kerana ia mampu memutihkan kulit sehingga ke tahap yang terlalu pucat.

5. Dr Howard Murad menyarankan kepada mereka yang mengalami masalah kulit pucat untuk membuat rawatan kulit muka yang berasaskan buah betik, nenas atau buah bercitrus kerana ia mempunyai enzim yang menanggalkan kulit mati dan menjadikan kulit lebih berseri-seri.

6. Anda juga boleh membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah dengan menumbuk kacang almond dan campurkannya dengan susu untuk dijadikan pupur. Biarkan selama 30 minit dan lakukan rawatan ini selama 15 hari berturut-turut.

7. Anda juga boleh memotong kecil daun pudina dan campurkan bersama pencuci muka anda ketika membersihkan wajah untuk melembabkan kulit.

8. Untuk mendapatkan kulit yang berseri, lenyek buah aprikot bersama minyak zaitun. Buah aprikot bagus untuk merawat kulit pucat manakala minyak zaitun berfungsi untuk melembabkan kulit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">