Jumaat, 31 Mac 2017

Resepi Kek Coklat Lembap Tersedap abad ini!!

Assalamualaikum.. Hari ni nak share resepi kek coklat lembap yang sedap..sya dah buat..mmg puas hati..mudah sgt2.. Kena cuba tau..

Ok ni resepi nya.. 

Bahan Pertama

  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
  • 1 cwn serbuk koko

Bahan Kedua 

  • 4 biji telur 
  • 1 atau 1/4  cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu kecik esen vanila

CARA2NYA :

1. Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, minyak masak ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya. 

2. Campurkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata 

3. Kemudian, pukul telur sehingga kembang. 

4. Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata. 

5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Siapkan loyang yang dah dileserkan minyak atau margerin kemudian masukan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 40 minit sampai 50 minit, 180'c.
BAHAN TOPPING :

Bahan: 
nila kek sya buat ni sya dah potong masuk bekas.
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis 
  • Dua (2) sudu besar serbuk koko 
  • Dua (2) sudu besar mentega 
Cara:

  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat 
  • Kemudian masukkan mentega dan tutup api 
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda. Nak menarik taburla warna warni tu..coklat rice..

Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">