Jumaat, 26 Mei 2017

ReSePi SeMpErIt YaNg MuDaH (ReSiPi AzLiNa InA)

Assalamualaikum..
Hai semua.. Hari ni 29 Sya'ban bermakna so 1 Ramadhan.. In sha Allah esok umat islam akan menjalani ibadah puasa... ok.. ok kali ni sya bukan nak cerita tentang puasa.. Tapi nak share resepi biskut semperit yang mudah dan sedap.. Sya dah cuba dan rasa.. Dah berapa tahun sya cuba buat semperit yang sedap.. & last, tahun lepas semperit sya menjadi.. Dan sedap... Sya dapat resepi dari Azlina ina.. Memang best - best resepi dia.. Memang memudahkan.. Semoga Azlina ina dimurahkan rezeki...

Semperit by sya
Ini masa mula2 buat. Rasa tu ada bak kata mak sya, Tapi tengokla.. Sebelum bakar cantik, Selepas bakar dia macam benyek.. Kembang.. hahaha..



Ini buat banyak2 untuk rumah sendiri, mak, mak mertua dan adik beradik sekali..hahahaha... nampak tak sya ni seorang yang rajin.. Bab masak makan ni memang sya suka..hihihi.. bukan nak up diri sendiri..tapi memang betul..


Ok... Ok.. Jom tengok resepinya...

Bahan2:

  • 1/2 cawan buttercup
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1sd kecik esen vanilla
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sb tepung beras
  • 1 sb tepung kastard
  • sedikit pewarna (ikut suka)
  • coklat cip (hiasan)
Cara2:
  1. Kacau sebati buttercup, susu pekat & esen vanilla. Tambahkan sedikit pewarna.
  2. Masukkan tepung jagung 1 cawan dulu, diikuti tepung beraas & tepung kastard. ulikan dengan tangan.
  3. Tambahkan baki 1 cawan tepung jagung tadi sedikit demi sedikit hingga dapat doh ikut keselesaan. Rasa doh jangan terlalu lembut dan jangan pulak keras yer.
  4. Tekap ikut acuan kegemaran & toping.
  5. Panaskan oven suhu 170'c selama 5 minit, turunkan suhu 160'c, bakar selama 25 minit. Ikut kesesuaian oven masing-masing yer.

Semperit by sya
Ini yang sya buat tahun lepas.. Tak la cantik tapi sedap.. Dan semestinya ada pembaikan di situ..Air tangan sendiri kan


Ok.. selamat mencuba semua..




1 ulasan:

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">