Jumaat, 12 Oktober 2018

Sahabat vs Kawan vs Teman.

Hasil carian imej untuk SAHABAT
sahabat


Wah baca tajuk je dah macam berat je kan.. Yeke berat?? Ok mana satu kita rasa sahabat?kawan?teman?.. Tiba - tiba sya rasa nak bercerita tentang sahabat, kawan & teman..
Cuba tengok balik sekeliling kita.. siapa sahabat kita, siapa kawan kita dan siapa sebenarnya teman kita..





Kawan


Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.


Sahabat


Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Sahabat adalah orang yang memahami dan sanggup berkorban untuk rakannya dalam menghadapi kesukaran atau kesenangan dalam kehidupan.


Teman


Teman juga mempunyai maksud yang sama seperti kawan atau sahabat tetapi ianya juga mempunyai makna yang lebih mendalam daripada pengertian kawan dan sahabat. Teman juga sama seperti sahabat tetapi dia sanggup bersama kamu selamanya. Dia akan menemani kamu dikala kamu susah dan kesepian. Menghiburkan hati dan membawa kegembiraan di dalam hidup kamu. Teman sanggup sehidup semati dengan pasangannya.

Senang untuk kita menyatakan seseorang itu kawan... Tapi bukan lah mudah untuk di klasifikasikan dialah sahabat kita. Macam sya sendiri. Ramai kawan, tapi belum tentu mereka adalah sahabat. Susahkan. So guys, janganla terasa bila kita sebut awak tu kawan. Sahabat perlukan sekurang-kurangnya setahun untuk jadi sahabat. Bagi sya lah..

Rapat dengan seseorang itu tidak salah, tapi berhati - hati itu juga penting. Berhati - hati dalam hal bercerita sesuata rahsia, hal dan perkara yang sensetif. Sebab apa? Bak kata pepatah "rambut sama hitam hati belum tentu lagi".. Urmmm ntahla..hahaha.

Dalam usia yang dah pertengahan 30 an ni... susah nak cari kenalan baru...Hendak tambah kawan pun payah.. Takut tersalah kenal. Contoh ayat yang sya dapat dari facebook ni.. 

" Kenalan yang baik akan memberi kebahagiaan. Kenalan yang teruk akan beri kita pengalaman. kenalan yang jahat akan beri kita pengajaran."

Hasil carian imej untuk SAHABAT


Tidak menjadi kesalahan salah kenal orang pun.. Tapi pandailah dalam mencari kawan, sahabat & teman. Tidak semestinya ramai kawan kita akan bahagia dan kawan tidak ramai menyedihkan.. Kuantiti tidak menjamin kualiti pun.

Bersyukurlah sekiranya kita ada sahabat yang benar - benar sahabat. Ada di masa susah dan senang. Yang selalu bertanya khabar. Yang selalu mengembirakan kita.. Yang boleh bergurau senda , gelak sama. Dan paling penting yang boleh ditegur , tidak mudah sentap (terasa).
Gembira & bahagialah bila kita ada kawan macam ni.. barula boleh dikatakan sahabat.

So selamat berkawan, bersahabat dan berteman..❤ 🙂 
Janganlah ada yang hipokrik dalam berkawan , bersahabat dan berteman..

Sahabat yang lama dan sentiasa ada.😍😍

Kenal tak lama masa zaman kerja. berpisah tapi masih menjadi sahabat terbaik.

Sahabat zaman sekolah menengah.


Thank jadi kawan , sahabat dan temanku...💓💓😘😘



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selain itu...

href="http://syakira84.blogspot.com/search/label/info">